Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pak Lah : Bapa Bahan Lucah (Bah. 2)

SEORANG penulis pojok hiburan di akhbar Mingguan Malaysia (baca Meloya), Miss Ribut turut menyentuh mengenai majalah lucah di negara ini yang menyebabkan seorang kakitangan kerajaan menelefon editornya untuk menegur kencenderungan mengajak remaja melakukan seks bebas.

Sebenarnya Miss Ribut juga bekerja dengan sebuah syarikat gergasi yang di bawahnya turut menerbitkan majalah-majalah lucah termasuk gambar-gambar payu dara anak-anak gadis Melayu yang kepingin menjadi bintang filem dan penyanyi.

Walau apapun alasannya, demi mencari kelainan dan pasaran yang besar, hari ini cukup banyak majalah mempamirkan gambar-gambar lucah selain cerita-cerita lucah yang kecenderungan mahu mempermudahkan seks bebas di negara ini.

Siapa yang harus dipersalahkan jika bukan Menteri Dalam Negeri merangkap Timbalan Perdana Menteri yang baru-baru ini sudah diberikan gelaran dan anugerah "bapa bahan lucah negara", tidak lain tidak bukan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Di tangannya, maruah anak-anak bangsa dijual dengan murah. Di tangannya kini beratus permit majalah dan akhbar lucah dikeluarkan. Perlukah kita menamakan majalah-majalah itu? Siapa sebenarnya yang mengaut keuntungan besar dari penerbitan majalah-majalah lucah ini? Tidak lain tidak bukan ialah pencetak dan pengedar yang memperalatkan penerbit dan budak-budak Melayu yang tidak tahu apa-apa, kecuali mencari duit mudah hasil menjual maruah bangsa sendiri dengan cerita-cerita dan foto-foto lucah.

Awasilah anak-anak kita yang sedang meningkat remaja. Mereka boleh dan mampu membeli majalah dan akhbar lucah yang cukup banyak beredar di pasaran. Selain harganya murah, majalah ini tidak dihalang dari dijual secara terbuka. Malahan, ada pekedai-pekedai yang menawarkan kepada kanak-kanak pelbagai tajuk dan pelbagai judul majalah ini.

Abdullah Ahmad Badawi mungkin seronok. Dua timbalannya, Datuk Chor Chee Heung dan Datuk Zainal Abidin Zin juga mungkin seronok. Setiausaha Parlimennya, Datuk Seri Abu Zahar juga mungkin seronok dengan perkembangan ini tetapi di pundak merekalah terbeban dosa yang amat besar kerana mengadaikan maruah anak bangsa dengan kecenderungan mendekati seks bebas.

Mereka seronok asalkan tidak terjual bahan-bahan politik yang pro pembangkang dan mereka bersetuju bahan-bahan ini ditukarkan ke bahan bercorak seks asalkan hati Dr. Mahathir Mohamad dapat dijaga. Merekalah yang bertanggungjawab menjual maruah anak-anak bangsa dan rakyat jangan sesekali memaafkan mereka.

Pastikan BN dan muka-muka ini semua tewas dalam pilihan raya akan datang. Kuatkan tekad dan tanam keazaman kental untuk melakukannya.

-ramlanjantan2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com