Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Besarnya Kuasa Tengku Adnan

BUKAN sedikit yang tertawa dengan kegilaan Pegawai Ibu Pejabat Umno dalam isu pengantungan keahlian Umno terhadap Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri, Mahadzir Khalid dan sembilan yang lain seperti tersiar dalam akhbar baru-baru ini.

Dua dari sembilan nama yang disebut Setiausaha Kerja Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor, Ramli Hussin dan Osman Hashim dari Umno Cawangan Hutan Kriang sebenarnya sudah pun menjadi ahli Pas yang komited dan tidak pernah merayu untuk kembali ke pengkuan Umno.

Mahadzir sebenarnya memang dikenakan tindakan kerana tidak memperdulikan surat tunjuk sebab dari Ibu Pejabat Umno tetapi disebabkan dia Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno, maka Setiausaha Kerja Umno serta-merta membuat pengumuman kesilapan komputer ibu pejabat.

Semua orang tahu sebenarnya Tengku Adnan hanya mahu menyelamatkan air muka Abdullah Ahmad Badawi dan mengumumkan sesuatu yang tidak benar.

Dalam Umno, jika bekerja dengan Dr. Mahathir Mohamad dan Abdullah Ahmad Badawi, perbuatan salah pun tidak dianggap salah. Itulah sebabnya, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Aziz Shamsuddin yang tewas dalam pemilihan Umno di Bahagian Gopeng diumumkan menang buat beberapa bulan. Namun disebabkan desakan yang terlalu kuat dari ahli di pelbagai peringkat, Aziz akhirnya digugurkan semula dari jawatan Ketua Bahagian Gopeng.

Di Ibu Pejabat Umno, Tengku Adnan cukup berkuasa. Dia lebih berkuasa dari Presiden Umno, Timbalan Presiden Umno dan Naib-Naib Presiden Umno. Dia boleh mencorakkan Ibu Pejabat Umno sesuka hatinya. Dia boleh mengupah penulis Khalid Jafri untuk menulis buku menjatuhkan sesiapa sahaja yang dia suka.

Kadang-kadang dia gunakan nama penulis terkenal dan kadang-kadang dia gunakan nama penulis yang tidak terkenal.

Ramai ahli Umno tahu dialah manusia yang lempar batu sembunyi tangan. Dia boleh belasah Dr. Mahathir dan dia boleh belasah Abdullah Ahmad Badawi. Kemudian dia akan berlakon seolah-olah dialah pembela kedua-dua pemimpin ini.

Itulah sebabnya di zaman Tun Daim Zainuddin dia hidup, di zaman Datuk Seri Anwar Ibrahim dia hidup dan kini dia sedang berseronok-seronok dengan Dr. Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi.

Bila Khalid Jafri tulis buku bantai Tun Daim, dialah yang membiayainya dan inilah yang dilakukan ketika menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dahulu.

Esok, jika Dr. Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi jatuh, dialah juga orangnya yang akan mengupah penulis-penulis menulis menghina Dr. Mahathir dan Abdullah seperti yang pernah dia lakukan terhadap Datuk Seri Anwar dan Tun Daim.

Kini dia sedang sibuk menafikan kerana "sokongan" Tun Daimlah dia dilantik menjadi Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri selepas dapat kontrak membekalkan ambulan untuk Kementerian Kesihatan di seluruh negara atas ihsan Tun Daim.

-ramlanjantan2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com