Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kisah PPRT, Annuar Musa dan wang RISDA

ADA kisah menarik berlaku dalam seminggu dua ini. Pertama kisah penyelewengan wang peruntukan PPRT. Ada sumber mengatakan RM47 juta dan ada sumber mengatakan tidak sampai RM37 juta.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid nampaknya macam jujur sangat, kononnya dia yang membuat aduan polis mengenai penyelewengan ini. Azmi Khalid ni pernah dibantu Dato' Seri Awar Ibrahim melangsaikan hutang. Jika tidak, bukan sahaja dia tidak boleh jadi menteri, malahan bertanding pilihan raya pun tidak layak Bekas menteri pula, Datuk Annuar Musa berhempas pulas menjawab kononnya dialah yang paling kehadapan dalam isu ini untuk membantu polis.

Sepucuk surat layang yang tidak bertanda tangan sudah tersebar minggu lalu mendakwa Annuar Musa buat macam-macam projek atas tanah kepunyaannya, tanah isterinya dan tanah milik bekas Setiausaha Politiknya, Alwi Che Ahmad.

Polis Malaysia terlalu sibuk menjaga para demonstrator menyebabkan aduan Azmi Khalid sejak setahun yang lalu baru disiasat sehari dua ini.

Rakyat sedang memerhati dengan teliti, pertelingkahan komunis (Tan Sri Abdullah Ahmad) yang disebut sebagai seorang yang tidak "graduate" tetapi menjadi jutawan dengan Annuar Musa yang membeli secara tunai tiga buah kereta mewah, Mercedes WCE 1, sebuah Lexus (4X4) dan sebuah Mercedes Van selain rumahnya bernilai RM14 juta di Damansara Height.

Ketika mereka memunggah kekayaaan, mereka tidak pernah memikirkan nasib orang-orang miskin. Pelbagai alasan boleh dicipta. Suatu ketika, menghina Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengeluarkan kenyataan mahu mencetak poskad untuk disebar ke seluruh dunia kononnya Datuk Seri Anwar mendapat layanan istimewa ketika dalam tahanan polis.

Annuar Musa ketawa melihat Dato' Seri Anwar ditangkap dan diseksa. Hari ini, baru dakwaan dibuat terhadapnya secara rambang, dia sudah tidak boleh tidur malam. Perlu takut apa kalau tidak buat apa-apa kesalahan?

Annuar Musa jangan menjadikan orang lain "kambing hitam". Kos mencetak kalendar yang terpampang gambarnya juga bukan kecil jumlahnya. Menghadiah jam dinding yang terpampang gambarnya juga bukan sedikit. Ini tidak termasuk dengan t-shirt dengan kurikutur wajahnya yang dihadiah kepada kanak-kanak di kawasan Parlimen Peringat juga terlalu banyak.

Rakyat juga tahu pakaian Annuar cukup mahal. Rakyat juga tau cincin permata merah di jari tangannya bukan kepalang mahalnya. Rakyat juga tertanya-tanya bagaimana Syarikat Trinas Sdn. Bhd boleh bertukar menjadi Hambra Sdn. Bhd. dan 12 anak-anak syarikatnya yang beroperasi di sebuah "istana" di Desa Pandan.

Rakyat tertanya-tanya, suatu ketika Trinas Sdn. Bhd mendapat projek buat jalan di Jeli atas lobi Annuar dan kemudiannya Annuar mengambil-alih syarikat ini dan ditukarkan dengan nama Hambra Sdn. Bhd.

Banyak lagi kisah duit RISDA diselewengkan. Annuar jangan cuba lari dari kenyataan. Itulah sebabnya dia tidak boleh menerima kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, khuatir rahsianya "terburai".

- Ramlan Jantan 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com