Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Annuar-Dolah : Siapa telanjangkan siapa

ANTARA Annuar Musa dengan Dolah Komunis, masing-masing sedang 'menelanjangkan' antara satu dengan yang lain.

Dolah kata Annuar mempunyai harta setinggi gunung walaupun hanya 10 tahun menjadi menteri. Dalam masa yang sama Dolah mengakui hartanya cuma setinggi 'busut'.

Para pembaca setia laman-laman web pro reformasi, perhatikanlah tingkah laku mereka berdua. Pergaduhan 'dua generasi' yang sama-sama sempat memunggah kekayaan ketika memegang kuasa. Usahlah Annuar cuba melarikan diri dari isu sebenar, 'menelan' wang peruntukan PPRT. Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad sudah pasti akan menyelamatkan Annuar kerana Annuar adalah Ahli MT Umno dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan.

Apakah rakyat di kampung-kampung, fakir miskin dan pemimpin Umno di peringkat cawangan masih lagi mahu mempertahankan Umno walaupun mereka "secara terang-terang" menelan hak rakyat termiskin (saya ulangi…termiskin).

Selagi Umno dibenarkan berkuasa, BN dibenarkan memerintah negara ini, selagi itulah nasib rakyat terbanyak tidak dibela. Mereka bukan memohon kepada kerajaan supaya peruntukan yang sedia ada ditambah, malahan apa yang ada mereka telan.

"Saya sedia ditembak," Annuar Musa dipetik sebagai berkata.

Hari ini dia bina Putra di Peringat atas tanah kepunyaan orang politik. Kononnya dari Putra Peringat, Annuar bercita-cita hendak melangkah ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri. Kalau peristiwa seperti ini pun masih tidak dapat memberi kesedaran kepada pengundi dan rakyat di kampung-kampung, apakah 'bala' lebih dahsyat baru dapat memberi keinsafan kepada kita semua? Inilah Umno. Inilah perangai para pemimpin Umno. Banyak lagi yang terlibat tetapi belum terungkai semuanya. Para pendokong dan penyokong ombak reformasi, bersabarlah dan teruskan kesetiaan mengikuti perkembangan ini.

Usah terpengaruh dengan laporan-laporan berita dari Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kedua-dua akhbar ini sedaya upaya akan cuba mengambarkan Pas, keADILan, DAP dan PRM sedang dilanda masalah. Yang kuat dan semakin kuat ialah Umno. Pergolakan dalam MCA sedaya-upaya mahu dilindungi. Kononnya satu kocakan dalam cawan kopi.

Hari ini, para pemimpin Umno sudah tidak berkuasa kecuali Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Zainuddin Maidin sahaja. Kalau menonton Berita RTM, kenyataan yang kerap keluar dan panjang berjela-jela tentunya mereka bertiga. Apa jawatan Zainuddin atau Zam dalam Umno tidak perlu dipersoalkan tetapi dialah yang paling banyak dan paling kerap muncul di media massa. Kepada jutawan Annuar Musa, jutawan Dolah Komunis dan para jutawan dalam Umno, tunggulah masanya. Rakyat akan mengajar kalian apabila sampai masanya. Jangan cuba menyorokkan bangkai gajah dengan nyiru!

-ramlan jantan 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com