Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Mahadzir 'melenting' dituduh pembohong

SETIAUSAHA Parlimen Kementerian Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd Khir, 'melenting' apabila dituduh sebagai pembohong oleh seorang ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat, hari ini.

Kejadian itu berlaku apabila beliau menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad (Pas-Kuala Terengganu) yang mendakwa beliau berbohong ketika menjawab soalan mengenai pembabitan Puteri Umno dalam aktiviti di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan sekolah kerajaan.

Beliau yang tidak puas hati dengan dakwaan itu berkali-kali merayu kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Dr Mohamed Zahir Ismail, supaya memerintahkan Syed Azman menarik balik kenyataannya itu.

"Saya nak minta satu saja Yang Dipertua, supaya Yang Berhormat Kuala Terengganu tarik balik kenyataannya yang mengatakan saya berbohong kerana saya beri jawapan saya dan saya tidak berbohong.

"Jadi saya pohon, Yang Dipertua, agar Yang Berhormat Kuala Terengganu tarik balik apa yang dia sebut tadi. Saya tidak pernah berbohong apatah lagi dalam bulan Ramadan. Saya belum jawab lagi pun dia sudah kata saya berbohong," katanya ketika menjawab soalan itu.

Terdahulu, Dr Syed Azman dalam soalan tambahannya mendakwa sama ada Mahadzir tidak tahu menahu atau berbohong dalam Parlimen mengenai kegiatan Puteri Umno dalam program 'Kakak Angkat - Adik Angkat' di sekolah di Pulau Pinang, selain pembabitan seorang pelajar Universiti Teknologi Mara, Shah Alam (UiTM) sebagai penolong bendahari pergerakan itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com