Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Misuari isytihar perang kerana Presiden Filipina mungkir janji

ZAMBOANGA, Filipina 19 Nov. - Gabenor Wilayah Autonomi Islam Mindanao (ARMM), Nur Misuari hari ini mengisytiharkan perang terhadap kerajaan Filipina pimpinan Presiden Gloria Macapagal Arroyo kerana kecewa dengan tindakan Manila menghalangnya daripada bertanding mempertahankan jawatan.

Serentak itu, Arroyo yang berada di Washington, telah mengarahkan bala tenteranya menggunakan seluruh kekuatan pasukan yang ada untuk berhadapan dengan serangan pengikut-pengikut Misuari.

Jurucakap Presiden, Rigoberto Tiglao memberitahu, Arroyo telah mengarahkan perang habis-habisan ke atas tentera Misuari.

Dalam pertempuran kedua-dua pihak pagi ini di Jolo, selatan Filipina, dianggarkan 51 pengikut Misuari terbunuh manakala empat anggota tentera turut terkorban.

Ketua Pasukan Tentera Selatan, Leftenan Jeneral Roy Cimatu berkata, empat anggota tentera dan 27 yang lain termasuk seorang pegawai tentera berpangkat kolonel cedera dalam kejadian itu.

Kata beliau, seramai 51 orang anggota MNLF terbunuh dan 13 yang lain cedera selepas tentera kerajaan menyerang balas, termasuk serangan udara ke atas kedudukan pemberontak dan kubu kuat mereka berdekatan bandar Parang.

Dalam pada itu di Sabah, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengawal perairan sempadan Malaysia-Filipina di sepanjang Pantai Timur Sabah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.

Panglima 5 Briged, Brigedier Jeneral Mohamad Yassin Yahya berkata, semua unit tentera darat, udara dan laut yang berkawal dari Kudat di utara Sabah hingga Tawau di selatan sudah memperkemaskan kawasan sejak awal lagi.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada laporan cubaan menyusup masuk pelarian perang selatan Filipina ke Sabah.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com