Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kerjayaan UPSR dan Bola Sepak Terengganu kerana wang Ihsan ??

KUALA TERENGGANU 21 Nov. - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah diselar oleh pelbagai pihak kerana penyelewengan penyaluran wang ihsan terutama bagi tujuan pendidikan di Terengganu.

Menurut dakwaan tersebut telah dipergunakan Badan Perhubungan UMNO Terengganu dan banyak projek yang disdiakan tidak sempurna kerana sebahagian kontrator UMNO telah menyalahgunakan projek yang diberikan.

Kemudahan pembelajaran termasuk komputer dan makmal sekolah menengah dan sekolah rendah tidak siap sepenuhnya. Adalah dijangkakan lebih 80 peratus projek ini terbengkalai. Ada sekolah masih belum nampak 'batang hidung' setelah ukuran bangunan dibuat, misalnya SMK Sultan Sulaiman Kuala Terengganu.

Kelas bimbingan khas bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik turut yang diadakan tidak dibayar. Kantin pembekal makanan merugut. apatahlagi guru yang memang selalu dianak tirikan dengan janji bayaran wang dan pelbagai kemudahan.

Tapi malangnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan megah dalam ucapannya semasa datang ke Terengganu, apabila negeri Terengganu mencatatkan pencapaian 9.2 peratus pelajar memperoleh 5A, melepasi purata pencapaian peringkat kebangsaan iaitu 5.2 peratus mengatakan bahawa dengan wang Ihsanlah kerjayaan anak-anak Terengganu.

Perkara yang sama juga berlaku semasa perjumpaan Dr Mahathir dengan guru-guru pakar seluruh negara baru-baru ini, apabila disebut aje kejayaan pencapaian akademik negeri Terengganu hadiri menyebut wang Ihsan. Sedangkan wang Ihsan telah dibolos dengan rakus oleh pimpinan UMNO untuk membesarkan tembolak mereka.

Apakah kerjayaan bola sepak negeri Terengganu juga dengan janji-janji wang Ihsan ???






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com