Seingat penulis dari apa yang pernah dibaca dalam beberapa artikel,
berita
yang termuat dalam akhbar atau buku-buku yang menyentuh tentang status
Malaysia sebagai sebuah 'negara Islam' sebenarnya belum ada kenyataan
yang
meyakinkan bahawa Malaysia sudah layak diiktiraf sebagai negara Islam
dengan
memenuhi kriteria utama sebuah negara Islam sepertimana Madinah
al-Munawwarah yang dibentuk oleh Nabi SAW dulu. Apakah benar ciri-ciri
negara Islam Madinah itu mempunyai persamaan secara total dengan negara
Islam Malaysia sekarang yang didakwa dan diheboh-hebohkan oleh para
pemimpin
UMNO/BN, kaki-kaki ampu kepada elit politik UMNO dan tukang-tukang
heboh
UMNO/BN. Bagi rakyat dan umat Islam di Malaysia dakwaan Malaysia sudah
berstatus 'negara Islam' hanya berupa retorika indah kepimpinan UMNO
berketuakan Dr Mahathir adalah dengan tujuan bagi meraih keuntungan
politik
semata-mata. Lebih-lebih lagi dalam keadaan UMNO yang sudah tenat dan
diambang kepupusan. Isu negara Islam inilah dipanaskan semula dengan
harapan
umat Islam di Malaysia akan kembali menyokong UMNO pada pilihanraya
akan
datang. Padahal tiga PM Malaysia sebelum si tua nyanyuk ini jadi PM
telah
awal-awal lagi menegaskan bahawa status Malaysia adalah negara
'sekular'.
Kejujuran tiga tokoh negarawan mantan PM dalam hal ini lebih menampak
kebijaksanaan mereka. Buat apa kita heboh seluruh dunia mendakwa
Malaysia
'negara Islam' yang sesuai dengan ajaran Islam. Sedang realitinya
sekadar
retorika UMNO/BN sahaja. Sekalipun mereka kepimpinan UMNO/BN
bermati-matian
mahu rakyat dan umat Islam Malaysia mengakui hujah liur basi mereka
tentang
status Malaysia sebagai negara Islam, khususnya golongan agamawan UMNO
yang
berjeneralkan Datuk Dr Abdul Hamid Othman (penasihat agama kepada Dr
Mahathir), Menteri Di JPM, Datuk Zainal Abidin Abdul Hamid dan
memperkuda
agensi atau institusi Islam yang ditubuhkan kerajaan, tidak cukup
dengan itu
mereka heret ulama dan cendikiawan Islam bagi memperakui kemahuan
penguasa
elit politik yang bankrap pengaruh dan hilang wibawa. Dengan
mencari-cara
pelbagai cara atau jalan sama ada melalui seminar, bengkel, simposium
dan
universiti supaya dapat membuat resolusi atau keputusan ke arah
perakuan
atau membuat 'akujanji' sesama mereka bagi memasyhurkan bahawa Malaysia
adalah 'negara Islam'.
Dengan matlamat politik sempit UMNO bagi mengkaburi mata dan pemikiran
umat
Islam dan rakyat negara ini tentang ciri-ciri sebenar sebuah 'negara
Islam'
sebagaimana Negara Madinah dibawah kepimpinan Rasulullah SAW sendiri
itu,
merupakan negara pertama berstatus 'negara Islam' yang disepakati
seluruh
ijmak ulama adalah 'model' sebenar negara Islam sejak dahulu hingga
hari
kiamat. Dengan tunjang perlembagaannya ialah al-Qur'an dan Sunnah
Rasulullah
SAW tidak ada undang-undang lain yang boleh mengatasinya. Sedang di
Malaysia
Perlembagaannya yang tertinggi ialah Perlembagaan yang digubal oleh
British
itu dan Perlembagaan inilah yang dianggap tertinggi di Malaysia,
mana-mana
undang-undang yang bercanggah dengannya adalah dikira batal atau tidak
ada
yang boleh mengatasi Perlembagaan Malaysia yang sudah berusia 40 lebih
tahun
itu masih dipertahankan oleh UMNO dan kepimpinannya. Hatta
undang-undang
yang terkandung dalam al-Qur'an itupun dengan sendirinya terbatal atau
tidak
terpakai dalam negara ini, kalau ia bercanggah dengan semangat
Perlembagaan
Malaysia warisan penjajah itu.
Apakah dalam isu besar inipun kepimpinan UMNO yang bertaraf pemimpin
besar
seperti Dr Mahathir, Datuk Najib Tun Razak dan ketua pemuda UMNO lembik
Datuk Hishamuddin Tun Hussien tidak terbuka mata, mata hati dan otak.
Mereka
sibuk untuk menjeritkan bahawa Malaysia adalah 'negara Islam' yang
sejajar
dengan ajaran Islam, diperakui oleh dunia antarabangsa dan sebagai
model
negara Islam di dunia, sehingga Parti Gerakan sekutu UMNO dalam BN pun
turut
sama mencari bukti dengan merujuk kepada pengiktirafan dari Oxford
Universiti. Tindakan kepimpinan UMNO/BN ini tak ubah seperti seorang
pelakon
yang melakonkan suatu adegan semacam benar tapi tidak, kerana ia
sekadar
wayang yang dilakonkan.
Kenapa Tidak Berani Isytihar Dalam Parlimen
Kalau betul Malaysia 'negara Islam' kenapa tidak diisytiharkan dalam
Parlimen sebagaimana PM Malaysia yang pertama, Tuanku Abdul Rahman
al-Haj
dulu berani berterus terang membuat perisytiharan dalam Parlimen
Malaysia
bahawa Malaysia adalah bukan negara Islam, tetapi negara 'sekular'.
Bila
masa Malaysia telah diisytiharkan sebagai negara Islam dalam Parlimen
oleh
Dr Mahathir. Yang kita dengar hanya retorika UMNO/BN dan Dr Mahathir
menjaja
perkataan Malaysia 'negara Islam', kemudian disahut-sahut oleh beberapa
pemimpin UMNO/BN yang lain termasuk oleh Datuk Najib, Hishamuddin,
hinggakan
Parti Gerakan parti etnik Cinapun menjadi pendokong dakwaan Dr Mahathir
itu,
bahawa Malaysia sudah jadi 'negara Islam' dan ramai lagi kaki-kaki
bodek
politik murahan yang turut tumpang 'semangkok' memperakui cakap-cakap
'kosong' ketua nyannyuk mereka sendiri bersabit dengan Malaysia yang
disinonimkan sebagai 'negara Islam' baru atas dakwaan Dr Mahathir itu.
Dan
yang baru-baru ini Dr Rais Yatim ahli politik Malaysia yang terkenal
dengan
panggilan pakar 'bakar jambatan' juga turut mengulas tentang kenyataan
kepimpinan DAP yang terkejut dengan dakwaan Dr Mahathir tentang 'negara
Islam' Malaysia.
Sekadar membuat dakwaan-dakwaan, kemudian disambung-sambung serta
disahut-sahuti kenyataan itu oleh beberapa pemimpin UMNO/BN yang lain.
Selain itu, diheret seluruh individu ulama, cendikiawan Islam dan
institusi
Islam dalam negara ini untuk sama-sama bersubahat dengan dakwaan
dangkal
seorang PM yang hilang arah, tentang status negara Islam Malaysia.
Khutbah
di seluruh masjid tentang status Malaysia sebagai negara Islampun
dibuat
secara dangkal dengan mengutip beberapa cebisan hujah para ulama
muktabar,
lalu dipergunakan sebagai membenarkan dakwaan PM bahawa Malaysia
benar-benar
negara Islam yang sejajar dengan ajaran Islam. Tidak cukup dengan itu,
kepimpinan UMNO/BN turut mengheret ulama Timur Tengah, khususnya dari
al-Azhar untuk membuat pengiktirafan Malaysia sebagai 'negara Islam'.
Apakah
dengan cara mengembar-gemburkan isu status Malaysia sudah diiktiraf
sebagai
'negara Islam' yang dimainkan oleh media yang dikuasai oleh UMNO/BN
Malaysia
benar-benar sudah dianggap sebagai 'negara Islam'.
Cukupkah dengan hanya beberapa ciri sebuah negara Islam yang
dilaksanakan
dalam pentadbiran sebuah negara seperti Malaysia yang didakwa sudah
berstatus 'negara Islam'. Ada bank Islam, ada universiti Islam, ada
mahkamah
syariah, ada masjid, surau, ada sekolah agama Islam, kedai Islam dan
sebagainya lagi. Sedang asas atau kerangka sebuah negara Islam sebenar
tidak
kelihatan secara nyata dan terang. Betulkah kerangka atau asas negara
ini
berkerangkakan asas-asas Islam sebenar itu. Dengan roh al-Qur'an dan
Sunnah
Rasulullah SAW menjadi asas paling dominan. Ini boleh kita rujuk
Perlembagaan Malaysia, apakah kerangka Perlembagaan ini benar-benar
menurut
petunjuk al-Qur'an dan Sunnah. Sebagaimana keadaan sesebuah organisasi,
ia
terbentuk kerana bermula daripada kerangka asas perlembagaan organisasi
itu.
Perlembagaan organisasi itulah menjadi asas hala tuju sesebuah
organisasi
itu sama ada organisasi bersifat agama, kebajikan, sosial, kebudayaan,
sukan, pendidikan dan sebagainya.
Umat Islam Di Malaysia Bersyukur Malaysia Sudah 'Negara Islam'
Tidak seorangpun umat Islam dan juga yang bukan Islam yang berasa fobia
dengan 'negara Islam', sekiranya mereka benar-benar faham, tahu dan
mendalami apa itu sebenarnya negara Islam, sebagaimana yang pernah
dibina
dan dibentuk oleh Nabi SAW di bumi Madinah. Malah umat Islam harus
berasa
syukur dan bangga dengan wujudnya sebuah negara Islam di bumi Malaysia
pula.
Sebab 'negara Islam' itu sebenarnya bukan untuk ditakuti oleh sesiapa
jua
yang berakal waras. Allah menjadikan Islam ini sebagai diin atau agama
bagi
manusia atas namanya way of life bukan untuk menyusahkan manusia, bukan
juga
Islam ini dijadikan Allah sebagai agama yang menakut-nakutkan manusia
dan
hakikat, sebenarnya Islam itu adalah agama keselamatan, keamanan,
persefahaman, perdamaian, ukhuwah, perpaduan dan permuafakatan.
Nilai-nilai
inilah yang dibawa oleh Nabi SAW, para sahabatnya dan para ulama
warasatul-anbiya itu sejak dulu hingga ke hari kiamat. Matlamat suci
Islam
itu tidak berubah walau sepatah perkataan sekalipun.
Tetapi disebabkan sikap benci dan permusuhan para penentang ajaran
Islam itu
sama ada mereka itu dari kalangan penganut agama lain dan orentalis
barat
yang cemburu buta dengan kejayaan serta kecemerlangan umat Islam di
zaman
kegemilangan Islam dulu, selain dari kalangan umat Islam sendiri yang
berfahaman sekular dan mereka yang memahami Islam berdasarkan kehendak
atau
kepentingan duniawi semata-mata. Akhirnya, pertembungan ini telah
menimbulkan kekeliruan dikalangan majoriti umat Islam pertengahan yang
tidak
mendalami Islam secara formal, yang hanya tahu Islam melalui mulut para
pemimpin politik yang bersifat sekular itu, yang memahami Islam secara
terhad dan jumud mengikut kepentingan tersendiri.
Kita meyakini sekiranya seluruh umat Islam di Malaysia dan juga bukan
Islam
memahami dan menilai Islam itu daripada tempat asalnya, iaitu merujuk
kepada
para ulama yang muktabar, muttaqin dan muktabar yang ikhlas kepada
sumber
Islam yang asli (yakni al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah SAW), bukannya
mengutip sepatah dua kalimat tentang Islam yang dikeluarkan oleh
mulut-mulut
orang politik yang berkepentingan diri, politik sempit, bermata benda,
bernafsu pangkat dan kedudukan, ghairah mengejar nama, kemewahan dan
keduniaan.
Para pemimpin UMNO/BN yang dikepalai Dr Mahathir sejak akhir-akhir ini
nampak beria-ia benar mahu mengisytiharkan Malaysia adalah 'negara
Islam'.
Segala tempat, hatta masjid, perhimpunan dan pentas politik mereka akan
pergunakan untuk beretorika tentang Malaysia adalah negara Islam.
Mereka
sanggup mencarik-carik pendapat para ulama untuk disesuaikan dengan
keinginan hawa nafsu mereka. Mereka kutip sekerat atau dua tiga patah
pendapat ulama besar sebagai hujah bagi mensesuaikan kemahuan elit
politik
UMNO/BN yang gila kuasa. Tetapi kenapa tidak diisytiharkan melalui
Parlimen
Malaysia. Mereka berdalilkan sana sini institusi Islam, masjid, surau,
sekolah agama Islam, balai Islam, muzium Islam, bank Islam, pelbagai
lagi
sistem Islam, nilai-nilai Islam dan mahkamah syariah telah dijalankan
dalam
negara Islam. Inilah yang dinamakan syiar atau simbol Islam bahawa
amalan
Islam sudah berlaku dan dilaksanakan oleh umat Islam, sementara
syariatnya
tidak diterjemahkan secara amali oleh pemerintah yang ada secara lebih
jelas
dan tegas. Ini dapat kita lihat, dalam mahkamah syariah sendiri yang
statusnya lebih terkebawah dari mahkamah sivil dalam negara ini.
Mahkamah
syariah yang wujud di Malaysia hari inipun masih tidak secara 100%
mempraktikkan hukum syariah yang didakwa sebagai Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah Sekadar Retorika Politik UMNO/BN
Bukan kita tidak bersyukur dengan wujudnya mahkamah syariah. Tetapi
sebagai
golongan rakyat yang arif serba sedikit tentang hukum-hakam Islam.
Bukankah
satu bentuk tipu helah politik UMNO/BN yang mendakwa bahawa mahkamah
syariah
yang ada di Malaysia hari ini adalah gambaran sebuah mahkamah syariah
Islam.
Padahal, hakikatnya masih terlalu jauh untuk diiktiraf ke atas mahkamah
syariah yang ada hari ini sebagai mahkamah syariah. Sebab perundangan
yang
menjadi dasarnya adalah hanya berupa serpihan perundangan Islam sebenar
yang
diubahsuaikan mengikut kemahuan elit pemerintah yang takutkan
undang-undang
Islam sebenar sebagaimana termaktub dalam al-Qur'an dan Sunnah.
Andai benar Malaysia 'negara Islam', sepatutnya perundangan Islam di
Malaysia sudah lama dijadikan undang-undang tertinggi negara ini. Kalau
benar UMNO mahu mendaulatkan perundangan Islam itu dan kalau benar
Malaysia
adalah negara Islam, mereka (UMNO/BN) telah menguasai politik negara
ini
lebih 40 tahun. Apakah para pemimpin UMNO/BN sedar semua keadaan ini
atau
sengaja membutakan mata atau sekadar beretorika untuk menyedapkan hati
umat
Islam di Malaysia dan antarabangsa. Dengan membesar-besarkan bahawa
Malaysia
adalah model contoh 'negara Islam' di dunia sekarang. Siapa dan negara
mana
yang mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam itu. Kalau mereka itu
atas
nama individu, apa kelayakan dari segi ilmu Islam atau keilmuan mereka
untuk
menyatakan Malaysia adalah negara Islam. Dan kalau ia atas nama negara,
apakah negara tersebut lebih Islam dari negara Malaysia dari segi
perlaksanaan dasar-dasar Islam, undang-undang dan sebagainya.
Soal memberi pengiktirafan, semua orang boleh mengiktiraf bahawa negara
itu
atau negara A, B, C dan sebagainya adalah negara yang berstatus 'negara
Islam', tetapi apakah pengiktirafan yang sedemikian itu mengikut asas
dan
fakta yang benar-benar bersandar kepada ilmu Islam dengan merujuk
kepada
pelbagai sandaran ilmu Islam yang bersumberkan al-Qur'an, Sunnah, Ijmak
ulama, qias dan seterusnya meneliti sejarah kewujudan negara Islam yang
pertama di Kota Madinah.
Perlembagaan Malaysia Sudahkah Memenuhi Kehendak Islam?
Apakah benar Perlembagaan Malaysia yang menjadi asas terwujudnya negara
Malaysia pada tahun 31 Ogos, 1957 itu, adalah Perlembagaan yang
benar-benar
menepati perundangan atau perlembagaan sebuah negara Islam sebenar,
sebagaimana yang dianggap oleh para pemimpin UMNO/BN yang dikepalai
oleh Dr
Mahathir hari ini. Dengan tiba-tiba saja mereka sibuk menghebohkan
dalam
bentuk retorika politik bahawa kononnya Malaysia sebagai 'negara
Islam',
usaha terbaru UMNO/BN meretorikakan Malaysia sebagai berstatus 'negara
Islam' ialah dengan membuat teks khutbah Jumaat untuk dibacakan
diseluruh
masjid dalam negara ini. Dan telahpun mengedarkan teks khutbah Jumaat
itu
melalui jabatan-jabatan agama negeri di seluruh negara. Di Sabah teks
khutbah itu telahpun dibacakan dibeberapa masjid dan jabatan agama
negeri
sendiri mencetak/menerbit semula teks khutbah itu dalam Suara Islam
terbitan
jabatan itu pada keluarannya yang ke bil: 43/2001 bertarikh 26.10.2001M
yang
lalu.
Menurut beberapa orang jemaah disebuah masjid di Sabah yang sempat
penulis
temui, selain beberapa ustaz dan mereka yang mempunyai sedikit latar
belakang ilmu Islam. Mendengarkan teks khutbah buatan JAKIM itu yang
telah
dibacakan di masjid tempat mereka dan dibaca oleh ustaz berstatus
kaki-kaki
pencacai buta tuli politik UMNO atau kumpulan taksub UMNO Sabah.
Beberapa
jemaah yang boleh tergolong kalangan agamawan dan ilmuan Islam itu
menyatakan terasa kecewa dan malu dengan penghujahan dangkal tentang
ciri-ciri sebenar sebuah negara Islam, kemudian diselang-selikan dengan
hujah berbaur politik mengampu oleh penulis teks khutbah (JAKIM) itu.
Dan
penulis sendiri sempat terbaca teks khutbah tersebut yang termuat dalam
Suara Islam itu, memang berdasarkan ilmu Islam kita yang masih cetek
inipun
dapat menilai, bahawa penulisan teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan
oleh
JAKIM itu tidak ditulis secara telus dan jauh dari tradisi keilmuan
Islam
sebenar. Malah ia lebih berupa retorika politik oleh penguasa elit
politik
UMNO/BN dalam negara ini dengan memperkudakan para pegawai agama di
JAKIM
atau jabatan-jabatan agama negeri yang lain.
Apatah lagi, para imam dan khatib yang sudah lama terbius pemikiran
mereka
oleh retorika tentang status Malaysia sebagai 'negara Islam' yang
dijadikan
isu-isu politik sempit UMNO/BN. Mereka hanya ibarat burung tiung yang
membaca atau bercakap sebagaimana tuan mereka ajarkan, tanpa ada
kesedaran
apa-apa sama ada yang mereka baca atau cakap itu benar atau salah
menurut
ilmu Islam. Itulah kata seorang guru atau ustaz yang penulis temui
berkaitan
dengan khutbah Jumaat JAKIM bertajuk 'Status Malaysia Sebagai Negara
Islam',
katanya begitulah jadinya apabila orang jahil mengajar orang jahil.
Akhirnya
kejahilan terus menjadi amalan dan pegangan mereka. Inilah, keadaannya
apabila JAKIM berusaha menjelaskan tentang status Malaysia sebagai
negara
Islam dengan hujah-hujah tempelan lagi dangkal dengan mengutip sekadar
beberapa potong pendapat ulama dengan matlamat tersembunyi yang tidak
telus
demi meraih sedikit keuntungan politik penguasa elit politik UMNO/BN.
Mereka
sanggup menyembunyikan kebenaran ilmu Islam berkaitan ciri negara Islam
sebenar demi untuk mempertahankan hujah nakal lagi penuh muslihat elit
politik UMNO/BN berkepalakan Dr Mahathir. Semua orang tahu, malah
seluruh
rakyat dan umat Islam di Malaysia lebih arif bahawa Dr Mahathir tiada
keupayaan dan tiada kelayakan langsung dari segi ilmu Islamnya untuk
berhujah tentang Islam, apatah lagi untuk bercakap tentang ciri-ciri
sebuah
negara Islam.
Dengan lain kata, Mahathir tiada kelayakan untuk bicara bab Islam,
terutama
dalam hal menstatuskan Malaysia sebagai negara Islam, kerana ini bukan
bidangnya. Dia tidak mempelajari asas-asas ilmu Islam secara
tradisinya. Dia
cuma seorang berkelulusan sarjana doktor dan tidak pernah mendalami
ilmu
Islam mengikut yang sewajarnya dan dia hanya membaca buku-buku Islam
yang
ditulis dalam bahasa Inggeris, tidak mustahil buku-buku yang dibacanya
itu
dikarang oleh para orentalis barat. Dan membaca al-Qur'an dalam
terjemahan
bahasa Inggeris itu. Jadi, bagaimana para pemimpin UMNO/BN boleh
mengiktiraf
Dr Mahathir sebagai pemimpin negara Islam yang boleh berhujah mengenai
negara Islam Malaysia, sedang ilmu Islamnya mungkin tidak lebih tinggi
daripada ilmu Islam yang dimiliki oleh penasihat agamanya Dr Abd Hamid
Othman, Datuk Zainal Abidin Abd Hamid, Datuk Zainal Abidin Abd Kadir,
Datuk
Seri Wan Mokhtar (mantan MB Terengganu dulu) dan lain-lain kalangan
agamawan
UMNO itu sendiri.
Dengan itu, rakyat dan umat Islam Malaysia menuntut kepada kepimpinan
UMNO/BN terutama Dr Mahathir. Kalau benar dia jujur dan ikhlas terhadap
status Malaysia sebagai 'negara Islam', kenapa tidak diisytiharkan
dalam
Parlimen. Kita percaya dalam keadaan wibawa kepimpinannya semakin
merosot Dr
Mahathir tidak akan berani mengisytiharkan Malaysia sebagai 'negara
Islam'
dalam Parlimen. Sekadar beretorika menyebut-nyebutkannya
dipentas-pentas
politik UMNO/BN siapa juga boleh, kemudian diperhebohkan secara
besar-besaran melalui media-media pengampu mereka. Semua ini telah
menampakkan betapa UMNO/BN dan para pemimpinnya benar-benar terdesak
mencari
isu-isu yang boleh memesongkan pemikiran rakyat agar kembali menyokong
UMNO/BN dan Dr Mahathir.
Akhir sekali, permintaan rakyat dan umat Islam di Malaysia kepada
UMNO/BN
dan para pemimpinnya agar berhentilah dari beretorika dan berpolemik
tentang
status Malaysia sebagai 'negara Islam'. Cukuplah, sayang saja liur basi
dan
penat saja lidah sedang hakikat sebenarnya Malaysia masih belum
terkeluar
dari status negara sekular yang pernah diisytihar oleh PM Malaysia yang
terdahulu. Tiga PM kita yang dulupun sedar dan tahu, betapa bodoh untuk
mengisytihar Malaysia sebagai 'negara Islam' sedang kriteria sebuah
negara
Islam itu bukan sekadar namanya dan bukan juga bersifat 'perisytiharan
rasmi' semata-mata, tetapi kenyataan atau realitinya mesti benar-benar
wujud. Boleh dinikmati, dilihat dan dirasai segala macam kebaikan,
keindahan
dan kesempurnaan sebuah negara Islam sebagaimana Negara Madinah
Al-Munawwarah dulu. Wallahu 'Alam.
Ibn Sabah,
2.11.2001M.