Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pengharaman Pusat Hiburan di Phnom Penh

PHNOM PENH 29 Nov. : Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen mengumumkan bahawa beliau tetap dengan keputusannya untuk menutup semua pusat karaoke dan kelab malam di negara itu dan mengancam untuk mengambil tindakan keras terhadap sesiapa yang melanggar arahannya itu.

``Saya menganggap kelab-kelab karaoke sebagai syurga bagi lelaki yang mencari hiburan tetapi adalah neraka bagi gadis-gadis miskin,'' katanya. ``Mereka langsung tidak dapat menanggung diri mereka sendiri dan akhirnya akan membawa pulang penyakit AIDS untuk dijaga oleh ibu bapa mereka,'' tambahnya.

Hun Sen mengarahkan penutupan semua kelab malam, bar dan pusat karaoke di seluruh negara itu minggu lalu kerana menyifatkannya sebagai tempat pembiakan gejala dadah dan sosial.

Bagaimanapun beliau membenarkan mereka meneruskan perniagaan sebagai restoran, dengan hiburan muzik serta karaoke tetapi tidak dalam bilik- bilik tertutup seperti sebelumnya. ``Tengoklah siapa yang degil, anda mahu cuba? ``Saya tidak percaya bahawa untuk menutup kelab-kelab karaoke adalah mustahil, sedangkan pertubuhan politik seperti Khmer Rouge yang berusia setengah abad dan bertanggungjawab membunuh berjuta rakyat kita pun boleh ditumbangkan,'' tegasnya.

Katanya, terdapat lebih 1,000 pusat karaoke di Phnom Penh tetapi cuma 140 mempunyai permit. Dianggarkan seramai 4,000 orang kebanyakan wanita muda bekerja di tempat-tempat sedemikian.

Ulasan:

Lihatlah berita ini yang sungguh menyetuh perasaan bagi si pembacanya. Cuba bayangkan negara yang langsung tidak bergelar negara Islam mampu berbuat demikian. Apakah reaksi anda , tidakkah kita tahu bahawa Kita telah bergelar Negara Islam. Ini bukan negara Afganistan yang diperintah oleh Taliban atau negara Arab Saudi, tetapi sebuah negara yang telah berjuang beratus tahun menghapuskan tentera serta kekejaman Khmer Rough.

Islam memang melarang arah dengan jelas telah diharamkan oleh Islam kerana banyak membawa masaalah. Begitu juga perhubungan seks diluar perkahwinan diharamkan oleh islam - kerana ia membawa masaalah spt anak luar nikah , anak yang tidak menentu asal keturunannya, penyakit AIDS, HIV, dll.

Itu belum ditambah isu pelaburan KWSP di dalam sektor berasaskan alkohol serta perjudian seperti kasino Genting Highland, dsb.

Apa yang dapat kita lakukan........

Sarib hj Ibrahim
Taman Tuanku Jaafar
29Nov2001
13 Ramadhan 1422






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com