Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Surat pembaca Utusan yang menunjukkan UMNO jahil agama

Oleh : Anonymous

UTUSAN MALAYSIA KHAMIS 15 NOV 2001

"WANITA UMNO PATUT KEKAL IDENTITI PAKAIAN PARTI"

Saudara Pengarang,

Sejak akhir tahun 80-an kita dapati perubahan dari segi berpakaian Pergerakan Wanita UMNO. Wanita UMNO di peringkat akar umbi dan pertengahan boleh dikatakan 100 peratus bertudung seperti pakaian yang dipakai Muslimat PAS. Padahal sebelum ini kita akan lihat Wanita UMNO di semua peringkat sama ada dalam perjumpaan atau majlis perasmian atau menghadiri mesyuarat agung parti, akan hadir tanpa bertudung. Ia merupakan hari mempamerkan fesyen rambut atau fesyen sanggul bagi wanita UMNO. Ada wanita UMNO menghabiskan wang ke salun-salun kecantikan bagi mengemaskan rambut mereka sebelum hadir ke satu-satu perjumpaan atau majlis.

Wanita UMNO yang merupakan sayap kepada parti UMNO iaitu sebuah pertubuhan politik Melayu yang terbesar di Malaysia dan telah berusia 55 tahun perlu mengekalkan identiti pakaiannya yang tersendiri.

Tahniah dan syabas kepada Pemuda UMNO yang dapat mengekalkan identity pakaian sejak dari awal penubuhan UMNO hingga ke hari ini.

Wanita UMNO seharusnya mencontohi gaya pakaian yang dipakai oleh Dato' Seri Dr. Siti Hasmah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Hendon isteri Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Rafidah Aziz, Ketua Wanita UMNO, Dato' Shahrizat Jalil, Menteri Hal ehwal Wanita, Cik Azalina Osman, Ketua Puteri UMNO dan lain-lain yang telah berjaya mengekalkan identiti sebagai Wanita UMNO.

Apakah Wanita UMNO tidak mempunyai etika berpakaian? Kita berharap semua Wanita UMNO dan Puteri UMNO mencontohi pakaian yang dipakai oleh Rafidah dan Azalina. Tidak perlulah Wanita UMNO dan Puteri UMNO terikut-ikut dengan gaya pakaian orang lain kerana kita juga punya maruah dan identiti sendiri. Jika dulu Wanita UMNO tidak bertudung mengapa sekarang bertudung pula.

Saya berharap Wanita dan Puteri UMNO sedar di atas ketelanjuran ini.--AHMAD LONG.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com