Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Satu Langkah Ke belakang Buat Badan Kehakiman

  Laman Webantu   KM2: 6420 File Size: 22.3 Kb *

| KM2 Index |


TAG SP 485: MKini: Satu Langkah Ke belakang Buat Badan Kehakiman
By Raja Aziz Addruse

26/11/2001 1:22 am Mon

Malaysiakini

Satu Langkah Ke belakang Buat Badan Kehakiman

Oleh: Raja Aziz Addruse

Apabila ditanya pandangannya bagaimana sistem kehakiman telah berfungsi semenjak beliau menjadi Ketua Hakim Negara Malaysia akhir tahun lalu, Mohamed Dzaiddin Abdullah menjawab bahawa perkara tersebut bukanlah untuk dirinya memperjelaskan tetapi untuk rakyat yang menilainya. Kepada para peguam, yang paling sesuai sekali untuk menilainya, jawapannya adalah ringkas. Di dalam tempoh masa yang singkat, keyakinan terhadap sistem kehakiman mula dipupuk kembali.

Para hakim, yang sebelum ini diketepikan oleh bekas Ketua Hakim Negara (Eusoff Chin), kini bebas menjalankan tanggung jawab mereka sebagai hakim. Peruntukan kes-kes terpilih untuk didengar oleh hakim-hakim tertentu telah dihentikan. Hakim-hakim kini kelihatan bekerja bersama-sama sebagai sebahagian dari pasukan yang dipanggil badan kehakiman. Jarang sekali pada masa ini seseorang akan mendengar atau membaca tentang hakim yang tidak dapat menahan kemarahannya di dalam mahkamah di atas alasan-alasan yang dibuat-buat. Kecuali kepada segelintir yang nampaknya merasa perlu untuk mengingatkan mereka yang diadili bahawa mereka adalah hakim yang mudah tersinggung dengan isu-isu yang tidak penting dan mengaitkan semua orang dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun dengan alasan yang lemah.

Apa yang telah membawa kepada perubahan yang ketara ini? Sepertimana yang dikatakan oleh Dzaiddin sendiri selepas perlantikannya, ia adalah bergantung kepada kepimpinan. Tidak seperti penjawat sebelumnya, Dzaiddin membiarkan setiap tangga di dalam hirarki badan kehakiman untuk berfungsi dengan bebas di antara satu sama lain dengan ketua setiap bahagian bertanggung jawab terhadap hakim-hakim di bawahnya, manakala Dzaiddin bertanggung jawab secara keseluruhannya.

Seruannya terhadap hakim-hakimnya adalah supaya bertindak bebas dan membuat keputusan mengikut bukti dan fakta. Beliau tidak akan mengarah atau meminta hakimnya untuk membuat keputusan di dalam arah yang tertentu, sepertimana yang telah dibuat oleh penjawat sebelumnya mengikut pendedahan oleh Hakim Mohamad Kamil Awang di dalam penghakimannya yang terbaru bagi satu kes petisyen pilihan raya.

Dengan suasana yang dibawa oleh Dzaiddin, hakim-hakim dilihat dapat menjalankan fungsi mereka dengan lebih meyakinkan. Keputusan-keputusan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Zainur (Zakaria), Mahkamah Tinggi di Shah Alam di dalam kes habeas corpus (ISA) dan Hakim Mohamad Kamil di dalam kes petisyen pilihanraya (Likas) adalah kes-kes yang dimaksudkan. Setiap satu disokong olah fakta dan undang-undang kes itu. Kemudian terdapat keputusan-keputusan oleh Mahkamah Rayuan yang telah memberikan tuntutan gantirugi pada kadar yang munasabah di dalam kes-kes saman malu.

Badan Kehakiman di bawah pengawasan yang rapi:

Perkembangan ini telah dialu-alukan oleh Majlis Peguam. Badan Kehakiman kelihatan sedang menuju ke arah pemulihan sepenuhnya. Namun persoalan yang masih berlegar-legar di fikiran setiap peguam adalah sama ada perubahan yang baik ini akan dibenarkan untuk diteruskan. Satu indikasi bahawa badan kehakiman sedang diletakkan di bawah pengawasan yang rapi oleh badan eksekutif apabila menteri-menteri kanan kerajaan secara terbuka mengkritik hakim Mohamad Kamil kerana mendedahkan di dalam penghakimannya seperti yang dirujuk di atas bahawa orang atasannya telah mengarahkannya melalui talipon supaya mengenepikan petisyen pilihanraya yang sedang diadilinya.

Pada mulanya, pendirian kerajaan terhadap apa yang dikatakan campurtangan dengan hakim yang menggunakan haknya mengikut budibicara kehakiman itu adalah membimbangkan disebabkan akibat buruk yang mungkin ditimbulkan ke atas kebebasan badan kehakiman. Menteri yang bertanggung jawab terhadap undang-undang di jabatan Perdana Menteri, Dr. Rais Yatim, merasakan bahawa pendedahan tersebut, yang telah disebut oleh hakim itu di dalam penghakimannya, mesti diambil serius oleh semua pihak, dan beliau sendiri akan mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan bahawa pendedahan itu disiasat. Meluahkan harapan agar insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi, beliau berkata : 'Negara ini dikenali kerana badan kehakimannya yang bebas dan kita mesti memastikan bahawa tiada sesiapapun boleh mencabuli sistem kehakiman kita.'

Selepas penjawat sebelum Dzaiddin itu mengaku sendiri bahawa beliaulah yang menalipon hakim tersebut, tetapi menafikan yang beliau membuat arahan sedemikian, pegangan kerajaan ke atas isu tersebut kelihatan berubah. Perdana Menteri menuding jari ke arah hakim mengatakan bahawa beliau telah, dengan membuat pendedahan itu, 'mencemarkan' imej mahkamah dengan menyeretnya ke dalam kontroversi umum dan 'kini beliau mempunyai masalah untuk mempercayai mahkamah'. Penekanan yang tertentu telah diberikan oleh Perdana Menteri terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh hakim tersebut di dalam penghakiman yang membayangkan kekecewaannya terhadap seseorang yang melibatkan anaknya.

Timbalan Perdana Menteri juga kelihatan tidak gembira dengan langkah yang dibuat oleh para hakim di dalam membaiki imej badan kehakiman. Nasihatnya adalah bahawa ahli-ahli badan kehakiman tidak sekali-kali dihalang untuk membaiki imej mereka, tetapi mereka tidak sepatutnya pergi menjangkaui tanggung jawab mereka untuk membuktikannya kepada kerajaan dan rakyat. Apa yang dimaksudkan dengan itu tidaklah jelas.

Apa yang jelas bahawa senario seperti itu yang berlaku sebelum peristiwa tahun 1988 apabila Perdana Menteri berkata bahawa adalah terpulang kepada ketua badan kehakiman (pada masa itu adalah Tun Mohd. Salleh Abas) untuk menegur hakim-hakim (di dalam kes itu untuk mengumumkan secara terbuka pandangan politik mereka), Rais Yatim telah mengumumkan secara terbuka bahawa kerajaan besedia untuk memberikan kuasa yang lebih kepada Dzaiddin untuk mendisiplinkan para hakim berikutan 'seloroh kehakiman' terbaru yang dibuat oleh hakim apabila mereka memberikan keputusan mereka. Ternyata, Ketua Hakim Negaralah yang 'berkuasa untuk menjaga disiplin. Disiplin tidak boleh dibentuk dari luar'.

Hala tuju masa depan yang tidak menentu:

Berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan ini oleh menteri-menteri kerajaan, hala tuju masa depan badan kehakiman sekali lagi tidak dapat dipastikan. Sama ada badan kehakiman dapat terus meniti jalan ke arah pemulihan sepenuhnya akan bergantung kepada siapa yang akan dilantik bagi memenuhi kekosongan jawatan kehakiman kanan berikutan persaraan hakim Lamin Mohd. Yunus, bekas Presiden Mahkamah Rayuan pada bulan Mac tahun ini.

Pilihan yang logik bagi jawatan di Mahkamah Rayuan itu adalah Wan Adnan Ismail, Ketua Hakim Malaya. Itu disokong oleh kekananan dan merit (kelebihan). Sekiranya itu berlaku, persoalan yang menarik minat adalah siapa yang akan mengambil alih jawatan Ketua Hakim Malaya darinya? Jika imej badan kehakiman mahu terus diperbaiki, bakal pengganti mestilah terdiri dari seseorang yang secara amnya memenuhi keriteria yang diperlukan bagi perlantikan hakim. Ini memerlukan seseorang yang paling kanan sebagai pilihan utama kecuali ada orang lain yang lebih sesuai berdasarkan alasan berikut :


  • berdasarkan kelebihan yang dimiliki (merit)

  • keupayaan perundangan (berdasarkan kelayakan profesional, pengalaman, pengetahuan)

  • karektor (merujuk kepada kejujuran, integriti, keterbukaan fikiran, ketekunan, penggunaan akal, pembawaan sikap).

  • kemahiran (di dalam komunikasi, bahasa, penganalisaaan, kecerdasan fikiran, daya kepimpinan, keupayaan untuk menerima kritikan)

  • kesedaran tentang apa yang diperlukan oleh seorang hakim (maksudnya ia mesti bebas dari politik, pendekatan secara sekular, tidak takut dan tidak dipengaruhi oleh kesukaran peribadi atau pendangan dan bebas)

Berdasarkan kepada kriteri-keriteria ini, tidak ada pertikaian tentang calon yang paling sesuai. Pilihan yang paling ketara adalah hakim Malik Ahmad. Beliau merupakan hakim Mahkamah Persekutuan yang paling kanan selepas hakim Wan Adnan, dan meritnya sebagai seorang hakim tidak perlu dipersoalkan lagi.

Namun apabila perlantikan tersebut diumumkan pada 6 September, hakim Ahmad Fairuz pula yang dinamakan sebagai Ketua Hakim Malaya yang baru, menggantikan hakim Wan Adnan yang menjadi Presiden Mahkamah Rayuan yang baru.

Ramai yang boleh mengingati penglibatan hakim Ahmad Fairuz di dalam keputusan Mahkamah Rayuan bagi kes-kes menghina mahkamah Murray Hiebert dan Zainur Zakaria, di mana keputusan kes yang terakhir itu (Zainur Zakaria) telah diketepikan sepenuhnya baru-baru ini oleh Mahkamah Persekutuan. Hakim Fairuz juga mempengerusikan korum yang mendengar dan menolak rayuan Majlis Peguam Malaysia terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk menghalang Mesyuarat Agong Luar Biasa Majlis Peguam dari diadakan (bersidang bagi membincangkan pengataan salahlaku terhadap Ketua Hakim Negara dan hakim yang mengadili di Mahkamah Rayuan pada masa itu). Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Majlis Peguam Malaysia berdasarkan, di antaranya, fakta bahawa Perlembagaan Persekutuan melarang sebarang perbincangan tentang cara pengendalian hakim-hakim kecuali di Parlimen.

Sementara kes-kes ini diputuskan berdasarkan fakta-fakta yang khusus kepada mereka, prinsip-prinsip yang terlibat adalah sejagat, terutamanya yang berkaitan dengan kebebasan pada asasnya. Pemilihan hakim Ahmad Fairuz berbanding hakim Abdul Malik sekalipun terdapat implikasi dari keputusan-keputusan tersebut adalah membimbangkan.

Ramai yang juga akan mengingati kontroversi hangat keputusan hakim Ahmad Fairuz di dalam kes petisyen pilihan raya yang dibawa terhadap Wee Choo Keong dalam tahun 1995, di mana, selepas memutuskan Wee (yang merupakan ahli DAP) sebagai tidak layak untuk bertanding sebagai calon di dalam pilihan raya parlimen, telah mengembalikan calon yang kalah sebagai ahli parlimen tanpa perlu melalui proses pilihan raya kecil.

Sejarah Berulang Kembali:

Dengan perlantikan Ketua Hakim Malaya yang baru, kebimbangan yang dirasai oleh ramai dari ahli Majlis Peguam bahawa pemulihan badan kehakiman itu hanya seketika nampaknya ada kebenarannya. Apabila perlantikan-perlantikan dan kenaikan-kenaikan pangkat dibuat tanpa mengambil kira kriteria yang diterima, bukan keyakinan awam terhadap badan kehakiman sahaja yang terhakis. Hakim-hakim yang baik juga tidak akan merasa bangga menjadi sebahagian dari sistem kehakiman di mana kekananan mahupun kelebihan yang dimiliki seseorang tidak pun diiktiraf.

Kelihatan seolah-olah keputusan-keputusan mahkamah yang amat dialu-alukan sejak Dzaiddin menjadi Ketua Hakim Negara telah membunyikan loceng amaran bahawa badan kehakiman telah menjadi terlalu bebas. Kita mungkin berada di dalam proses untuk melihat sejarah berulang kembali. Negara akan kerugian sekali lagi seandainya ia berlaku. Amat sayang sekali. Daripada maju ke hadapan, kita kini mengorak satu langkah ke belakang.

Dengan Dzaiddin yang kini telah 'memusatkan' badan kehakiman, tanggungjawab terhadap prestasi Mahkamah Tinggi Malaya akan jatuh tepat di atas bahu hakim Ahmad Fairuz. Sebagaimana Dzaiddin yang telah tertakluk kepada pengawasan yang rapi oleh Majlis Peguam semenjak perlantikannya sebagai Ketua Hakim Negara, hakim Ahmad Fairuz juga tidak akan ketinggalan. Setelah menyaksikan pemulihan terkini di dalam prestasi Mahkamah Tinggi Malaya, sebarang perubahan yang menandakan bahawa badan kehakiman sedang menuju kembali ke zaman sebelum Dzaiddin akan dapat segera dilihat.

Terjemahan: SPAR

RAJA AZIZ ADDRUSE, seorang peguam hak-hak asasi dan perlembagaan, merupakan bekas pengerusi Majlis Peguam. Beliau juga adalah salah seorang penasihat perundangan kepada Majlis Raja-Raja. Artikel di atas muncul pertama kali di dalam Insaf yang diterbitkan oleh Majlis Peguam.




Asal:

http://www.malaysiakini.com/News/2001/11/2001112013.php3

One step back for the judiciary

Raja Aziz Addruse

Tuesday November 20, 7:18 pm

7:15pm, Tue: opinion

When asked recently how he thought the judiciary had performed since he became chief justice of Malaysia late last year, Mohamed Dzaiddin Abdullah replied that it was not for him to say but for the people to judge. To lawyers, who are in the best position to judge, the answer is plain. During the short period, confidence in the judiciary is beginning to be restored.

Judges, who had previously been sidelined by the former chief justice (Eusoff Chin), are now free to perform their functions as judges. The allocation of chosen cases to certain judges to hear has been discontinued. Judges now appear to work together as part of that team called the judiciary. Rarely does one now hear or read about a judge losing his temper in court for contrive reasons. Except for a very few who seem to feel the need to remind those who appear before them that they are judges taking offence over inconsequential issues and committing all and sundry for contempt on the flimsiest of grounds.

What has brought about this noticeable change? As Dzaiddin himself said after his appointment, it is a question of leadership. Unlike his predecessor, Dzaiddin leaves each tier in the hierarchy of the judiciary to operate independently of each other with the head of each to be responsible for the judges under him, but with Dzaiddin in overall charge.

His call to his judges was to be independent and to decide according to the evidence and facts. He was not one to order or request his judges to decide in a particular way, as seemed to have been done by his predecessor according to the revelation by justice Mohamad Kamil Awang in his recent judgment in an election petition.

In the atmosphere created by Dzaiddin, judges are seen to perform their functions with more confidence. The decisions of the Federal Court in the Zainur (Zakaria) case, of the High Court at Shah Alam in the (Internal Security Act) habeas corpus case and of justice Mohamad Kamil in the (Likas) election petition are cases in point. Each are supported by the facts and the law of the case. Then there were the decisions of the Court of Appeal which have put back some sense of proportion into the award of damages in defamation cases.

Judiciary under close scrutiny

These developments were welcomed by the Bar. The judiciary was seen to be on the road to full recovery. But the question lingered in the minds of lawyers as to whether this change for the better was going to be allowed to continue. An indication that the judiciary was coming under the close scrutiny of the executive was given when senior ministers of the government publicly criticised justice Mohamad Kamil for disclosing in his judgment referred to above that his superior had given him a directive over the telephone to strike off the election petitions he was to try.

Initially, the government's position on this alleged interference with the judge's exercise of judicial discretion was one of concern because of the adverse effect it would have on the independence of the judiciary. The minister in charge of law at the Prime Minister's Department, Dr Rais Yatim, thought that the disclosure, having been made by the judge in his judgment, must be taken seriously by all parties, and he himself would take necessary measures to ensure that the disclosure was investigated. Expressing the hope that such incidents would not recur, he said: "The country is known for its judicial independence and we must make it clear that nobody should violate our judicial system."

After Dzaiddin predecessor voluntarily owned up that he was the person who had telephoned the judge, but denied that he had given him the alleged directive, the government's stand on the issue was seen to shift. The prime minister took the judge to task saying that he had, by making the disclosure, "tarnished" the image of the court by dragging it into the public controversy and "now he have a problem trusting the court". Particular emphasis was given by the prime minister to statements the judge had made in the judgment expressing his frustration over a person matter involving his child.

The deputy prime minister seemed also to be unhappy with the way judges were going about improving the image of the judiciary. His advice was that members of the judiciary could by all means improve their image, but they should not go beyond their responsibility to prove a point to the government and the people. What that means is not clear.

What is clear that scenario like that which preceded the events of 1988 when the prime minister said that it was up to the head of the judiciary (then Tun Mohd Salleh Abas) to admonish judges (in that case for making public their political views), it was publicly announced by Rais Yatim that the government was willing to give extra power to Dzaiddin to discipline judges following recent 'judicial quips' made by judges when they made their decisions. After all, it is the chief justice who "holds the whip. You can't whip from outside".

Uncertain future directions

In the light of these statements by ministers of the government, the future directions of the judiciary was once again becoming uncertain. Whether the judiciary was to be proceed on the road to full recovery would depend on who was to be appointed to fill a vacancy in a senior judicial post created by the retirement of justice Lamin Mohd Yunus, the former president of the Court of Appeal in March this year.

The logical choice for the Court of Appeal post was Wan Adnan Ismail, the chief judge of Malaya. That seemed to be dictated by both seniority and merit. If that happened, the question of interest was who was to succeed him as chief judge of Malaya? If the image of the judiciary was to continue to improve, the successor must be the one who satisfied generally accepted criteria for the appointment of judges. These require the most senior to be the first choice unless another is more suitable by reason of:


  • merit
  • legal ability (in the sense of professional qualification, experience, knowledge)
  • character (by reference to honesty, integrity, open mindedness, diligence, common sense, temperament)
  • person skills (in communication, language, analytical, mental agility, leadership skills, ability to accept criticism)
  • awareness of what is required of a judge (meaning that he must be apolitical, secular in approach, fearless and uninfluenced by personal difficulties or views and independent)


Based on these criteria, there could be no dispute about the most suitable candidate. The obvious choice was justice Malik Ahmad. He was the senior most Federal Court judge after justice Wan Adnan, and his merit as a judge was beyond question. But when the appointments were announced on Sept 6, it was justice Ahmad Fairuz who named as the new chief judge of Malaya, to succeed justice Wan Adnan who become the new president of the Court of Appeal.

Many will recall justice Ahmad Fairuz's involvement in the Court of Appeal decisions in the contempt cases of Murray Hiebert and Zainur Zakaria, the later of which was recently resoundingly reversed by the Federal Court. Justice Fairuz also presided over the coram which heard and dismissed the Malaysian Bar's appeal against the decision of the High Court to restrain the holding of an extraordinary general meeting of the Bar (convened to discuss allegations of improprieties against the then chief justice and the sitting judge of the Court of Appeal). The Court of Appeal had dismissed the Malaysian Bar's appeal on, amongst others, the ground that the Federal Constitution prohibited any discussion on the conduct of judges except in Parliament.

While these cases were decided on facts peculiar to themselves, the principles involved were universal, particularly those pertaining to fundamental liberties. That justice Ahmad Fairuz has been chosen over justice Abdul Malik in spite of the implications of those decisions is worrying.

Many will also remember the highly controversial decision of justice Ahmad Fairuz in the election petition case brought against Wee Choo Keong in 1995, where, after holding Wee (then a member of the DAP) to have been disqualified from standing as a candidate in the parliamentary election, returned the losing candidate as a member of parliament without requiring the process of holding a by-election to be gone through.

History repeating itself

With the appointment of the new chief judge of Malaya, the apprehension felt by many members of the Bar that the improvement in the judiciary was to be short-lived appears justified. Where appointments and promotions are made in disregard of acceptable criteria it is not the confidence of the public in the judiciary alone that is undermined. Good judges, too, will feel no pride in being part of a judicial system where neither merit nor seniority is recognised.

It looks as if the much-welcomed decisions of the courts given since Dzaiddin became chief justice have rung alarm bells that the judiciary is becoming too independent. We may be in the process of seeing history repeating itself. The country will be the loser once again if it does. It is indeed a great pity. Instead of going forward, we have now taken one step back.

Now that Dzaiddin has 'decentralised' the judiciary, the responsibility for the performance of the High Court in Malaya will fall squarely on justice Ahmad Fairuz's shoulders. Just as Dzaiddin has been subjected to close security by the Bar since his appointment as chief justice, justice Ahmad Fairuz will equally be. Having witnessed the recent improvement in the performance of the High Courts of Malaya, any change indicating that the judiciary may be retrogressing to the pre-Dzaiddin days will be immediately noticeable.

RAJA AZIZ ADDRUSE, a human rights and constitutional lawyer, is former Bar Council chairman. He is also one of the legal advisors for the Council of Rulers. The above article first appeared in the Bar Council's quarterly Insaf.






         Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com