Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Syabas laman web pro pembangkang

Pemimpin dan penyokong kerajaan tidak perlu kelam kabut kerana generasi anak muda kini terutama mahasiswa atau pelajar mula mengkritik mereka dari segala sudut. Kalau dahulu kerajaan BN bermaharajalela menabur fitnah dimana-mana tempat kerana kerajaan mempunyai kekuatan dengan penyokong yang ramai, tapi sekarang tidak.

Keadaan ini telah berubah semua fitnah kerajaan kepada pembangkang telah dipatahkan dilaman-laman web dan pihak pembangkang mula bergiat tanpa sebarang arahan, malah dikalangan mereka sanggup menghabiskan masa dan wang ringgit semata-mata menyanggah fitnah-fitnah kerajaan BN yang ditabur sesuka hati mereka dari mulut-mulut yang tak terkawal itu.

Kerajaan BN cukup risau akan kebangkitan laman-laman web pro pembangkang dan agak tergamam kerana selama ini mereka menyangka dengan menyekat kebebasan media massa, mengongkong dan mengugut wartawan tiada cara untuk menangkis fitnah yang ditaburkan.

Dengan perkembangan ini pihak kerajaan berusaha dengan lebih keras dan jahat dengan perbelajaan besar mengupah mereka-mereka yang tahu menulis yang boleh dibeli untuk membina laman-laman web pro kerajaan bagi menandingi laman-laman web pro pembangkang. Mereka ini diarah untuk menulis serta menabur fitnah kepada pemimpin pembangkang serta mereka yang cuba untuk membongkar serta menyerlahkan kesilapan dan keburukan pemimpin kerajaan.

Jika dulu sasaran mereka hanya menyerang, tapi kini mereka mula menabur fitnah dengan pelbagai perkara yang remeh serta tidak beratika.

Kemantapan stretagi laman web dan media media pro pembangkang nampak lebih professional dan terbuka. Ia boleh menjana minda pembaca untuk berfikir dan menilaikan sendiri fakta fakta dan mengajak rakyat berfikir dan memutuskan sendiri keputusan dari apa yang di nilaikannya. Tetapi berbeza dengan laman web pro kerajaan BN ini yang tak professional langsung, walaupun mereka ini dibayar dengan upah yang banyak. Mereka tak mampu bekerja sebagaimana webmaster laman pro pembangkang yang hanya berkerja sambilan sedangkan mereka berkerja sepnuh masa. Mereka tak kreatif dan bersikap emosi. Mereka lebih memaksa pembaca mengikut landasan pemikiran satu jalan sahaja.

Pembaca pula disogokan dengan fakta fakta paksaan dimana pembaca terpaksa mempercayai walaupun hati kecil mereka enggan mempercayainya.Pembaca mereka pula tidak dibenarkan membuat penilaian sendiri melainkan memaksa minda mereka menerima sesuatu walaupun mereka terpaksa lakukan.

Syabas teman-teman dari media-media dan laman-laman web pro pembangkang, teruskan usaha anda kerana kita kini berada di dalam kemenangan. Walaupun kita nampak lemah namun usaha kita kini setidaknya mempengaruhi dan memperbaiki minda minda bangsa yang kini lumpuh untuk berfikir akibat racun-racun yang telah di tubakan oleh media massa yang disogok oleh penulis-penulis tak beratika dan bermoral.

TepakBersulam
paparazi_paparaz@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com