Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Biar kita berani tegur pemimpin daripada pembangkang mengalahkan kita

Oleh TepakBersulam (paparazi_paparaz@hotmail.com)

Umno mesti diselamatkan dari kehancuran terutama dari dalam. Ramai pemimpin Umno terutama yang sudah lama memegang jawatan harus berundur. Berilah peluang kepada orang baru.

Bukankah mereka dan kroni mereka sudah kaya raya, mempunyai berbelas-belas kereta mewah, rumah tersergam indah termasuk di luar negara, wang beratus juta ringgit dalam simpanan?

Rakyat dapat menilai yang mana kaca, yang mana permata. Mereka mahukan perubahan. Rakyat masih sayangkan Umno, cuma mereka rasa pemimpin lama patut ditukar. Berilah peluang orang baru. Baru ada proses peremajaan dalam parti. Kalau tidak, rakyat akan tolak Umno dalam pilihan raya akan datang.

Beri peluang kepada orang muda. Tengok macam peluang yang diberi kepada MB Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo. Sepatutnya lebih ramai lagi menteri besar baru dilantik, dari kalangan orang muda.

Sebab Khir Toyo dapat memerintah Selangor dengan baiklah maka pembangkang irihati. Mereka tahu kalau Khir terus menjadi MB, keempat-empat kerusi PAS dalam Dewan Undangan Negeri Selangor akan melayang. Sebab itu mereka upah penulis laknat Ahmad Lutfi buat laporan BPR.

Sayang sekali, agenda buruk pembangkang ini dikongsi oleh beberapa orang Exco Kerajaan Selangor. Mereka juga bertanggungjawab membekalkan maklumat kepada penulis upahan itu.

Dicadangkan supaya Khir membuat rombakan Exco tidak lama lagi. Buang semua Exco lama yang ada, sebab mereka ini depan saja senyum, belakang tikam ketua sendiri. Bagi saya, lebih baik semua sekali Exco yang ada, yang busuk hati itu, yang tidak pernah rasa cukup dengan kekayaan yang ada, ditukarkan.

Balik isu asas saya di atas, yakni pemimpin veteran patut berundur saja. Misalnya MB Negeri Sembilan yang sudah hampir 20 tahun itu, berilah peluang kepada orang lain. Saya difahamkan, kroni MB Negeri Sembilan banyak dapat tanah. Balak di negeri itu habis difaraidkan sesama kroninya. Sebelum pembangkang eksploit benda ini, lebih baiklah kita undur sendiri. Begitu juga dengan MB Kedah yang tak ada kelulusan akademik itu, MCE pun tak lulus. Umno Kedah sekarang porak-peranda kerana MBnya. Lalu, saya cadangkan agar Syed Razak berundurlah secara terhormat sebelum PAS dapat menggulingkan kerajaan yang ada.

Teguran yang saya buat ini mungkin mengejutkan kawan-kawan dalam Umno. Saya buat teguran ini demi untuk memastikan Umno terus relevan. Kalau mahu dikatakan saya pengkhinat, katakanlah, asalkan saya dapat memikul tanggungjawab untuk memperbaiki parti.

Saya harap pemimpin utama kita seperti Dato' Seri Presiden Umno sendiri faham niat dan keikhlasan saya ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com