Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Baik mengakui kelemahan, daripada ia dibongkar

Oleh Tepak Bersulam (paparazi_paparaz@hotmail.com)

Saya cukup sedih dengan sikap ahli-ahli dan penyokong Umno yang tidak boleh menerima kritikan saya demi kepentingan parti kita yang dicintai itu. Saya tekankan, lebih baik kita mengakui kelemahan dan kecacatan diri, daripada ia dibongkar dan dijadikan isu oleh pembangkang untuk melemahkan kita.

Presiden parti sendiri sentiasa mengingatkan agar beliau harus ditegur pada setiap kali persidangan Umno. Justeru itu, saya akan terus menegur dan memberi pandangan bernas kepada Umno meskipun dalam masa sama saya terpaksa menyakitkan hati pemimpin parti yang sebahagiannya sudah tidak layak lagi memimpin dan memberikan kesan buruk kepada parti, seperti Isa Samad, Syed Razak Syed Zain, Rafidah Aziz.

Sebab itu juga saya akan mempertahankan sampai mati Dr Mohd Khir Toyo yang menjadi sasaran fitnah penulis bajingan Lutfi. Kalau Dr Khir mahu berikan tanah kepada anak-anak muda 20 tahun apa salahnya. Mereka adalah anak-anak Melayu yang perlu dibantu. Begitu juga dengan kontraktor yang buat jalan di Sekinchan, itukan kontraktor Melayu. Apa salahnya kita membantu orang Melayu.

Saya harap rakan-rakan saya faham mengapa saya akan terus kritik pemimpin parti yang sudah menyeleweng ini. Saya juga desak supaya dipecat semua Exco Selangor yang ada, buat rombakan semula. Buang yang tua-tua bergayut itu. Biar orang muda pula jadi Exco, yang dapat bantu Dr Khir. Sekarang zaman orang muda, yang tua harus ke tepi, mereka sudah banyak sapu duit dan projek






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com