Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Surat Terbuka Untuk Pak Lah

YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi
Menteri Dalam Negeri Malaysia
Lot 855, Jalan Bellamy,
Kuala Lumpur.
23 November 2001

Assalamualaikum wr. wbkth.

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri,

MEMOHON PEMBEBASAN SEGERA TAHANAN POLITIK (ISA) SAARI SUNGIB DAN RAKAN-RAKAN

Diucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.

Saya Aliza Jaffar (581218-71-5198) isteri kepada Saari Sungib(570803-71-5661) yang kini ditahan di Kamunting sejak 2 Jun 2001 setelah ditahan polis selama 54 hari di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA).

Saya merayu kepada Dato’ Seri supaya suami saya dan rakan-rakan yang telah ditahan pada 10 April 2001 agar dibebaskan serta-merta tanpa syarat. Beliau dan empat orang tahanan tanpa bicara iaitu Mohd. Ezam Md. Nor, Hishamuddin Rais, Chua Tian Cheng dan Lokman Noor Adam telah disumbatkan dalam penjara dengan zalim dan kejam dan dinafikan pengadilan yang adil dan sah di sisi undang-undang.

Ketua Polis Negara telah menfitnah mereka kononnya mengancam keselamatan negara dengan menggunakan bom, grenade launcher, molotov cocktail dan senjata untuk mencetuskan huru hara. Sehingga kini tiada bukti dikemukakan dan soal-siasat polis juga tidak menyentuh hal itu.

Dato’ Seri,

Saya ingin mengingatkan Dato’ Seri sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak, bahawa Dato’ Seri dipertanggungjawabkan ke atas tahanan zalim ini. Para tahanan dan kami keluarga mereka yang tidak putus-putus berusaha dan berdo’a agar Allah akan membalas kepada Dato’ Seri dan kuncu-kuncu Dato’ Seri akan kezaliman yang telah dilakukan. Ingatlah, bahawa do’a orang-orang yang dizalimi tidak ada hijab.

Jika benar kerajaan Malaysia dan pemimpinnya menjunjung Islam maka bertindaklah seperti yang dikatakan. Allah amat benci kepada orang yang tidak melakukan apa yang diucapkan. Ingatlah, bahawa kekuasaan dan pangkat yang ada pada Dato’ Seri hanyalah sementara. Akhirnya kita akan kembali menemui Allah jua. Di akhirat juga adalah perhitungan yang seadil-adilnya. Pastinya kita akan jumpa di sana.

Saya dahului dasar kemanusiaan Dato’ Seri dengan jutaan terima kasih. Semoga Allah membalas sebaik-baik ganjaran menjelang bulan penuh rahmat ini.

Yang berharap,
Aliza Jaffar






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com