Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kenali Budaya Politik Umno

Khabar Angin dan Surat Layang

Khabar angin dan surat layang dijadikan sebagai cara untuk menjatuhkan pemimpin di kalangan umno. Kalau pemimpin atasan tidak menyukai mana-mana pemimpin umno yang tidak mahu ikut telunjuk mereka, maka bersiaplah pemimpin itu untuk menerima hukuman.

Mula-mula sekali, khabar angin dan surat layang akan disebarkan kepada ahli umno. Biarpun rakyat terbanyak tidak percaya, yang penting ahli umno termakan dengan khabar angin itu. Khabar angin ini akan merebak ke kedai-kedai kopi di peringkat kampung oleh kalangan JKKK atau Kemas dan diperbahaskan di parlimen kedai kopi oleh mereka. Siang-malam-pagi-petang perbahasan ini akan dilangsungkan. Kalau sesuatu khabar angin itu dapat bertahan melebihi 1 minggu, maka bersiap sedialah pemimpin bawahan yang akan dijatuhkan itu.

Umpamanya isu 'main ipar' oleh Dato' Abu Hassan Omar suatu masa dahulu yang sehingga kini umno tidak berani dakwa. Mula sekali isu ini dihebahkan kepada orang ramai. Maka berduyun-duyunlah 'wakil-wakil' umno bersidang di kedai kopi bercakap itu dan ini. Akhirnya, bila khabar angin itu dah mendapat 'market" yang baik, maka ini dijadikan alasan oleh pimpinan tertinggi untuk mengyah keluar pemimpin berkenaan dari tampuk kuasa.

Begitu juga dengan kes DSAI, yang dihebahkan ke seluruh pelusuk tanahair. Walaupun majoriti rakyat tidak percaya, namun pemimpin umno yang akan menentukan kedudukan, maka mahathir perkudakan MKT untuk jatuhkan DSAI dengan seaib-aibnya dan selepas itu berlakulah apa yang sedang kita hadapi sekarang ini.

Begitu juga dengan perlantikan Peguam Negara yang baru. Dihebahkan kononnya Cik Ainum itu sakit, pada awalnya dikatakan Cik Ainum terlibat dengan skandal di Suruhanjaya Sekuriti. Memandangkan khabar angin ini kurang menjadi, maka dikatakan Cik Ainum ini sakit kerana alasan ini cukup mudah diterima ramai. Maka, Ghani Petai pun terlantik menjadi AG yang baru.

Wak Jono






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com