Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


AS mula belajar dari Tragedi 11 September

Sehingga ini setelah hampir sebulan serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC), Amerika Syarikat (AS) dan tentera sekutunya terutama Britain masih belum melakukan serangan besar-besaran terhadap Afghanistan. Apa yang digerakkan ialah kekuatan tentera yang begitu canggih dengan segala peralatan perang meliputi darat, udara dan laut diletakkan dalam keadaan perang untuk menawan Osama bin Laden "hidup atau mati".

Persiapan Afghanistan cumalah setakat mempertahankan diri dengan segala kedhaifan yang mereka miliki. Apa yang ada pada mereka ialah kekuatan iman dan ketauhidan kepada Allah untuk menghadapi seluruh kekuatan tentera sekutu. Sejarah bagaikan berulang apabila pertentangan adalah antara mustakbirin dengan mustad’afin. Antara tentera sekutu (Ahzab) dengan orang-orang yang beriman yang menjadi kental perjuangan mereka kerana kebulatan dan penyerahan diri kepada Allah S.W.T.

Segala bidang diterokai AS. Diplomasi untuk mendapat sokongan negara-negara yang mengaku ‘negara Islam’, perisikan, pembekuan saluran kewangan dan tumpuan ketenteraan yang paling terlatih di semua sempadan negara dengan Afghanistan. Ketidakupayaan AS menyerang Afghanistan untuk meruntuhkan Kerajaan Taliban dan menegakkan sebuah kerajaan boneka barat dapat dilihat dari langkah-langkah berhati-hati AS dan sekutunya.

Kepentingan AS ada dimana-mana di seluruh dunia. Ia mendedahkan kepentingan AS diserang sebagai tindakan balas terhadap kerajaan Taliban. Perselisihan faham antara tokoh-tokoh utama AS juga kelihatan terutama antara Colin Powell, Setiausaha Negara dan Donald Rumsfeld, Setiausaha Pertahanan Negara. Kunjungan Setiausaha Pertahanan bukan Setiausaha Negara ke Arab Saudi, Oman, Mesir dan Uzbekistan mempamerkan strategi Setiausaha Pertahanan yang disokong oleh Naib Presidennya, Dick Cheney mendapat tempat.

Rancangan AS untuk menumbangkan kerajaan Taliban dan digantikan kerajaan pihak-pihak lain dengan kesetiaan diberikan kepada bekas raja negara itu, Raja Zahir Shah tidak mungkin berjaya. Jika Taliban dapat ditewaskan pun maka peperangan yang panjang akan menimpa negara itu apabila satu lagi ‘Israel’ dilahirkan oleh AS di rantau itu. AS cuba mengelakkan kehadiran tenteranya di bumi Afghanistan. AS cuma berminat untuk menghantar pasukan paling terlatihnya untuk menyusup masuk ke tempat persembunyian Osama.

Percubaan ini mempunyai risiko sangat tinggi dan AS tidak berupaya menerima sebarang risiko kerana jika ia terjadi melibatkan anggota tenteranya terbunuh, undi popular rakyat AS supaya pentadbiran Bush menyerang Afghanistan akan merosot sedikit demi sedikit. Sekarang ini pun demonstrasi anti perang, anti serangan terhadap Afghanistan sedang berlaku dianjurkan oleh NGO dan mereka yang menentang globalisasi. AS sedang membuat perhitungan dan mencari option terbaik untuk menawan Osama ‘hidup atau mati’. Setakat ini option itu masih belum dapat dirumuskan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com