Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Cara pentadbiran barat tiru Islam

KUALA TERENGGANU: Sistem pentadbiran yang dilaksanakan di negara-negara Barat termasuk British diambil daripada sistem pentadbiran Islam, kata Menteri Besar, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Katanya, sejak penjajahan Perancis di utara Afrika yang diketuai oleh Napoleon Bonaparte, mereka telah mengambil ilmu pentadbiran Islam daripada kitab feqah mazhab Maliki dan kitab-kitab karangan ulama’ Islam seperti Ibnu Khaldun, Al-Mawardi, Abu Ya’la dan Abu Yusuf.

Pentadbiran Islam

Menurutnya, kitab-kitab karangan al-Mawardi dan Abu Ya’la banyak menekankan dari aspek kuasa legislatif, eksekutif dan kehakiman yang telah dicedok oleh kuasa Barat. "Orang-orang Barat hanya mengambil perkara lahiriah sahaja tetapi tidak mengambil roh daripada sistem pentadbiran Islam," katanya ketika berucap merasmikan Forum Perdana sempena Kejohanan Sukan Perkhidmatan Pegawai-pegawai Tadbir negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, baru-baru ini.

Justeru dalam sistem pentadbiran Barat masih berlaku penipuan sekiranya manusia tidak mengetahui tetapi jika terdapat roh Islam tidak berlaku sedemikian kerana Allah tahu segala-galanya. Sehubungan itu, katanya jika umat Islam mahu kembali kepada sistem Islam berdasarkan sistem pentadbiran Barat itu, maka tidak banyak yang perlu diubah. "Yang penting, masukkan roh Islam dalam pentadbiran," katanya.

Beliau juga mengingatkan para peserta supaya bersikap telus dan menunaikan amanah dalam menjalankan pentadbiran dengan mana-mana kerajaan termasuk dalam hubungan dengan orang ramai. "Soal kita tak setuju dengan kerajaan, itu satu hal yang lain, tapi kita mesti tunai tanggungjawab dengan amanah," katanya. Menurutnya, Allah telah menetapkan tiga perkara penting dalam semua bidang kehidupan manusia termasuk pentadbiran iaitu ibadah, khilafah dan amanah.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com