Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Menang jadi arang kalah jadi abu

KITA bersama-sama masyarakat dunia begitu dukacita atas serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York pada 11 September lalu yang mengorbankan beribu jiwa dan membinasa harta benda berbilion dollar. Pada ketika yang sama juga kita bimbang dan dukacita atas reaksi Amerika mahu membalas dendam yang natijahnya akan dibayar oleh dunia seluruhnya termasuk Amerika sendiri.

Seluruh dunia - PBB, OIC, Komenwel dan badan-badan serantau lain - sepatutnya mengadakan sidang tergempar masing-masing untuk menyelamatkan dunia dari bahang dendam dan ancaman Amerika itu. Kita memahami perasaan dan emosi Amerika. Mereka berhak untuk mendapat keadilan, tetapi dunia mestilah menenangkan kemarahan Amerika itu.

Ancaman tindakan balas Amerika yang dari mula menuding jari kepada Osama bin Laden dan Taliban Afghanistan adalah sangat bahaya. Setakat ini Amerika belum mengemukakan pertuduhan rasmi dan dunia tidak boleh menerima dan bertindak atas perkara yang tidak sahih. Kita tidak berhajat untuk mempertahankan perkara yang batil, tetapi dalam meratapi bencana Amerika itu ia tidak boleh diselesaikan secara berperang terutama yang melibatkan benua, tamaddun dan agama yang berbeda. Bencana seperti itu mesti diselesaikan melalui perundingan dan perbincangan.

Natijah

Dari reaksi awal Amerika memangnya marah, sesuatu yang kita fahami, kerana ia memikul segala bebannya, tetapi Amerika juga sebagai satu kuasa, bangsa dan tamaddun besar mesti memahami dan belajar dari kerenah dan kesilapan dasarnya yang lalu. Apa yang berlaku adalah natijah dan balasan dari dasar dan budi pekertinya terhadap dunia umumnya terutama pihak kerdil dan lemah yang dipermainkannya selama ini yang terdiri dari negara umat Islam.

Yang malangnya ialah pihak yang lemah yang tidak terlibat, cuba dibabitkan oleh Amerika dalam krisis ini seperti Pakistan. Ternyata kini Pakistan menjadi pihak yang diperas ugut. Demikian juga Turki dan jiran-jiran Afghanistan yang lain. Amerika tentunya boleh ditenangkan jika badan-bahan dunia dan serantau yang disebut tadi berperanan dan bertindak cepat. Jika Amerika bertindak bagai yang disebut-sebut, dunia akan terbakar dan paling ringan ialah setiap negara terpaksa berbelanja besar untuk keselamatan negara masing-masing sedang tiada satu jaminan mereka selamat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com