Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Isra’ Mikraj JSR Kampung Sura Tengah

DUNGUN: Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) yang ditubuhkan oleh kerajaan, bukan sekadar untuk memajukan pembangunan fizikal tetapi juga berfungsi untuk membentuk pembangunan rohani. Bertepatan dengan itu, Kira-kira 200 orang hadir dalam majlis ceramah Isra’ Mikraj anjuran JSR Kampung Sura Tengah, Dungun yang bertempat di masjid kampung itu sendiri.

Pelbagai pengisian dilakukan sempena majlis yang bertujuan untuk mengingati kembali peristiwa Isra’ Mikraj yang dikatakan berlaku pada bulan Rejab. Acara penting ialah ceramah Isra’ mikraj yang disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Wanita Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu (UPKNT), Puan Hamidah Daud. Dalam ceramahnya, Hamidah menyatakan tentang pengajaran daripada peristiwa Isra’ Mikraj itu sendiri, untuk menguji keimanan seseorang manusia.

"Melalui peristiwa Isra’ Mikraj, manusia diceritakan tentang adanya syurga dan neraka seperti yang tercatat dalam al-Quran dan sekaligus ianya memberi kekuatan kepada Rasulullah S.A.W. sendiri untuk menyampaikan dakwah Islamiah kepada seluruh manusia," ujar beliau. Katanya lagi, Peristiwa Isra’ Mikraj menggambarkan kepada setiap makhluk tentang keagungan kuasa Allah dan manusia perlu mempercayainya tanpa sebarang syak dan ragu-ragu.

Program lain yang turut berjalan sempena ceramah Isra’ Mikraj itu ialah jualan di gerai-gerai oleh muslimah cawangan Sura Tengah.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com