Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Keselamatan pendulang emas di Lubuk Mandi terkawal

MARANG: Tiada sebarang kemalangan dan kecurian yang berlaku kepada para pendulang emas di Lubuk Mandi, Mukim Rusila, di sini sepanjang tempoh kawasan itu dibuka kepada orang ramai sejak 19 Jun lalu. Ini kerana kawalan keselamatan di kawasan itu yang dijalankan oleh pihak Pejabat Tanah Daerah bermula jam 7 pagi hingga 8 malam dan diambil alih pula oleh Pejabat Tanah dan Galian negeri selepas itu berjaya menghindari kemalangan kepada para pendulang.

Bagaimanapun, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Daerah, Haji Talaha Ali berkata, terdapat aduan daripada para pendulang yang kurang berpuas hati dengan hasil yang diperolehi mereka di kawasan itu. Beliau menyatakan demikian pada majlis taklimat sempena lawatan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Haji Muhyidin Abdul Rashid dan anggota rombongannya ke kawasan Lubuk Mandi, baru-baru ini. Turut sama dalam lawatan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Rantau Abang, Haji Azman Shapawi Abdul Rani dan Nazir Unit Pembangunan Insan (UPI) Kawasan Dungun, Haji Mohd. Suhaimi Daud.

Menurutnya, walaupun kajian khas untuk mengenalpasti lokasi yang mengandungi banyak emas belum dijalankan tetapi kajian dahulu yang dijalankan oleh pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri (PMINT) di bawah Permint Mineral masih digunapakai. Katanya, buat masa ini, kerja-kerja menggali tanah yang dijalankan oleh pihak swasta masih diteruskan bagi memberi peluang kepada para pendulang memperolehi logam berharga itu di kawasan itu. "Ianya bergantung kepada potensi yang ada, kalau banyak orang datang, banyak yang kita gali," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya berdasarkan kajian dahulu masih terdapat emas di kawasan itu tetapi tidak dapat memastikan lokasi yang khusus kerana kajian yang mendalam memerlukan kos yang tinggi. Beliau menambah, pihaknya sudah membuat permohonan kepada Kerajaan Negeri untuk meminta peruntukan sebanyak RM620,000 bagi tujuan operasi di kawasan itu pada tahun depan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 10 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com