Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pemberian tanah kerajaan hanya sekali sahaja

SETIU: Kerajaan Terengganu hanya akan memberi sekali saja tanah kepada seorang rakyat yang tidak bertanah. Tetapi mana-mana peneroka tanah kerajaan yang mengusahakannya berpuluh-puluh tahun, akan diberi juga kepadanya, tetapi tidak atas namanya, sebaliknya akan diberi atas nama anaknya. Sama seperti orang lain, anak itu juga akan dapat sekali saja, dia tidak akan diberi tanah lagi.

Demikian dinyatakan oleh Dato’ Haji Mustapa Ali, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia kerajaan Terengganu dalam dailog dengan penduduk di Daerah Setiu di sini 2 Oktober lalu. Ketika menjelaskan soal pemberian tanah dari peserta, Dato’ Haji Mustafa berkata, kerajaan Terengganu sekarang tetap akan menunaikan janjinya untuk memberi tanah kepada rakyat yang tidak bertanah, tetapi mengikut dasar baru yang baru diluluskan, seseorang hanya akan diberi sekali saja.

Katanya, yang menyebabkan pemberian itu lambat ialah setiap permohonan terpaksa diproses melalui sekurang-kurang 20 tingkat. Walaupun sebelumnya ada maklumat mengatakan ia memakan masa dua tahun, tetapi kerajaan sekarang berusaha supaya permohonan itu dapat diselesaikan kurang dari dua tahun.

Pejabat tanah terpaksa menyiasat dulu sama ada pemohon benar tidak pernah mendapat tanah dari kerajaan. Mungkin pemohon itu tidak pernah dapat di daerah Setiu, tetapi dia mungkin pernah dapat di Dungun. Yang sudah pernah dapat tanah seperti itu tidak akan diberi lagi, kata Dato’ Haji Mustafa.

Mengenai tanah kerajaan yang diteroka secara haram oleh seorang yang pernah mendapat tanah dari kerajaan, tetap akan mendapat pertimbangan setelah terbukti tanah itu diusahakannya sejak bertahun-tahun. Kerajaan menimbangkannya atas dasar dia menghidupkan bumi yang mati, sebagai yang digalakkan oleh ajaran Islam, tetapi diminta peneroka itu membuat permohonan atas nama anaknya, jelasnya. Kita tahu bahawa tanah seseorang itu akan diwarisi oleh anaknya, maka tanah yang diusahakannya itu diberi kepada anaknya dan anaknya itu tidak lagi berhak untuk mendapat tanah lain dari kerajaan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com