Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kakitangan kerajaan Terengganu melebihi Kelantan

SETIU: Kerajaan Negeri Terengganu mempunyai pegawai yang berlebihan jika dibandingkan dengan negeri Kelantan. Terengganu yang penduduknya tidak sampai sejuta orang mempunyai pegawai yang lebih dari 8,000 orang manakala kerajaan Negeri Kelantan yang penduduknya lebih ramai iaitu 1.3 juta orang tetapi pegawainya sekitar 5,000 saja.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia, Dato’ Haji Mustafa Ali berkata, kerajaan Terengganu tidak memerlukan pegawai yang seramai itu. Ada pandangan supaya jumlah kakitangan kerajaan itu dikecilkan, dan kata Dato’ Haji Mustafa, kerajaan boleh membuang setengah dari mereka. Tetapi memandangkan masing-masing mempunyai tanggungjawab dan tanggungan, maka kerajaan negeri mengekalkan keadaan yang wujud itu.

Menjawab soalan dari orang ramai mengapa pegawai kontrek dan pegawai sementara dalam kerajaan Terengganu tidak diserapkan sebagai kakitangan tetap, kata Dato’ Haji Mustafa, Terengganu sudah berlebihan pegawai kerajaan. Setakat ini kerajaan negeri tidak bercadang untuk menerapkan pegawai kontrek dan pegawai sementera sehingga tiba suatu ketika nanti apabila ia diperlukan, katanya.

Bagaimana pun kerajaan negeri akan mengekalkan keadaan yang ada terutama dalam keadaan kewangan negeri yang agak terhad sekarang, katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com