Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


DERMA BAGI MENGISI TABUNG DANA MASJID NEGERI TERENGGANU

DERMA BAGI MENGISI TABUNG DANA MASJID NEGERI TERENGGANU

Firman Allah yang bermaksud,

"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama serti sebijih benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (al-Baqarah: 261)

Kerajaan Negeri Terengganu telah menubuhkan "DANA MASJID" dan telah dilancarkan pada 28 Julai 1996 yang lalu, yang bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat Islam untuk turut serta mengimarahkan masjid melalui derma-derma yang disumbangkan. Di mana manfaatnya akan dinikmati terutama di akhirat kelak disamping menunaikan tanggungjawab memakmur dan memelihara kesucian masjid serta memantapkan keimanan kepada Allah S.W.T.

Tujuan Pengwujudan Dana Masjid

Wang derma yang terkumpul dalam Dana Masjid ini akan dibelanjakan bagi tujuan-tujuan berikut:

a. Membina masjid

b. Membesar atau membaiki kerosakan masjid

c. Melengkap dan menyelenggara masjid

d. Meningkatkan aktiviti dan pengimarahan masjid

e. Lain-lain perbelanjaan yang menepati hukum syara’

Cara Menderma /Menabung

Setiap orang boleh menderma secara ikhlas mengikut kadar yang termampu melalui cara-cara berikut:

a. Potongan gaji melalui jabatan masing-masing

b. Pembelian resit-resit daripada amil-amil yang dilantik

c. Menderma melalui peti-peti Dana Masjid yang disediakan

d. Menderma terus kepada urusetia Dana Masjid Negeri Terengganu melalui borang yang disediakan.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF,

Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu, Pusat Pentadbiran Islam Terengganu,

Kompleks Seri Iman, Jalan Sultan Mohamad, 20519 Kuala Terengganu.

Tuan,

DERMA DANA MASJID NEGERI TERENGGANU

Adalah saya ………………………………………………………………………………………

K/P: ……………………………………

Beralamat: ..........……………………………………………………………………………………………………

................................................................................................................................................................

Bersama-sama ini menyertakan * Wang Tunai/Cek/Bank Draf/Wang Pos No. ……………………… Berpalang atas nama "Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu" sebanyak RM ……………………… (Ringgit Malaysia …………………………………………………………) Sebagai sumbangan derma ikhlas dari saya. Sekian. wassalam.

………………………………………………

(T.Tangan Penderma)

* Potong mana yang tidak berkenaan.

"Segala sumbangan derma dikecualikan daripada Cukai Pendapatan di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan, 1967". Ruj: LHDN 01/35/42/51/179-1






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com