Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Ahzab moden serang Afghanistan

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menyifatkan muafakat yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) untuk menyerang Afghanistan sekarang adalah lanjutan sekutu Ahzab di zaman Rasulullah yang kisahnya dirakamkan dalam al-Quran. Mereka sebenarnya bukan sekadar menyerang Afghanistan dan Osama bin Laden, tetapi satu pakatan untuk menyerang Islam di mana-mana saja di dunia. Saranan Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi itu terkandung dalam tazkirah mingguan pagi Khamisnya di hadapan kakitangan Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman di sini baru-baru ini.

Tazkirah pagi itu menyentuh peristiwa Isra’ dan Mi’raj Rasul yang antara perkara yang diperlihatkan kepada baginda ialah gambaran Ahzab. Seluruh penentang Islam bersekutu menyerang Islam dalam perang Ahzab. Menteri Besar berkata, semua pihak sekarang mengadakan berbagai pakatan dan tipu helah untuk menyerang Afghanistan berikutan dengan kejadian Pentagon di Washington, Pusat Dagangan Dunia, di New York dan Pennsylvania dirempuh dengan kapalterbang penumpang 11 September lalu.

Katanya, AS menjanjikan untuk melupuskan hutang bagi negara-negara yang berhutang dengannya jika bersamanya dalam keadaan sekarang. Beliau berkata, kita juga menentang pengganas dan keganasan, tetapi Islam ada caranya sendiri untuk menghadapi masalah itu, bukan dengan cara yang dipelopori oleh AS sekarang. "Malangnya Afghanistan, negara yang paling miskin menjadi sasaran mereka kerana rakyat Afghanistan berpegang teguh kepada Islam," katanya.

Musuh-musuh Islam dari zaman berzaman melihat Islam sebagai satu keganasan. Sehingga ini mereka memomokkan bahawa Islam ditegak dan disebarkan ke seluruh dunia dengan pedang, bukan dengan dakwah dan kesedaran. Di kebanyakan negara barat memandang serong dengan pemastautin Islam di negara mereka. Mereka menyerang wanita yang bertudung kepala.

Perancis dan lain-lain tidak membenarkan pelajar perempuan masuk sekolah bertudung kepala dan kesatuan sekerja tidak membenarkan wanita bekerja jika mereka tidak membuang tudung. Selepas kejadian 11 September di New York itu kebencian terhadap Islam ditunjukkan berterangan. Beratus kejadian dilaporkan bahawa orang Islam diserang dan diganggu di AS dan masjid-masjid diancam. Australia dan New Zeland yang jauh dari AS ikut menceroboh masjid dan mengancam umat Islam.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com