Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Ketua pembangkang kecam sikap Rabbani

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang di Parlimen, Dato’ Haji Fadzil Mohd. Noor menyesali sikap bekas Presiden Rabbani dan lain-lain pemimpin Mujahiddin Afghanistan yang sanggup bersekongkol dengan Amerika Syarikat (AS) dan bekas tentera komunis untuk memerangi Afghanistan. Bagaimanapun beliau memuji Menteri Luar Mujahidin yang digulingkan Gulbuddin Hekmatyar yang tidak menyokong langkah AS memerangi negara itu dan beliau sanggup pulang ke tanah airnya untuk berjuang bersama-sama Taliban.Bercakap dalam satu perjumpaan di Taman Melewar, di sini ketua pembangkang itu berkata, AS tidak sayangkan orang Taliban, Afghanistan, Mujahiddin dan Islam."Justeru bagaimana Rabbani dan lain-lain pemimpin Mujahiddin sanggup bekerjasama, sedangkan AS bertanggungjawab membantu Taliban menumbangkan kerajaan Rabbani dan Mujahiddin dulu," katanya.

Rabbani tahu bahawa yang menghalang Mujahiddin mengambil alih kekuasaan selepas Soviet Union berundur dulu ialah militia komunis yang dipimpin oleh Rashid Dustom yang juga panglima regim komunis di bawah pendudukan Soviet dulu.

Bagaimana Rabbani dan rakan-rakannya boleh bekerjasama dengan puak seperti itu bagi menentang kerajaan yang menguasai Afghanistan. Dato’ Haji Fadzil berkata, Rabbani dan pemimpin-pemimpin Mujahiddin yang beroleh kuasa selepas kekalahan Soviet, telah mengecewakan rakyat Afghanistan kerana masing-masing bercakaran sesama sendiri.

Ketua Pembangkang itu pernah ke Kabul untuk menemui pemimpin-pemimpin Mujahiddin menasihatkan mereka supaya berdamai. Namun kerana mereka tidak mahu berdamai, rakyat yang penat berperang merasa kecewa dengan sikap itu lalu para pelajar menubuhkan pertubuhan bernama Taliban, yang segera mendapat sambutan rakyat.

AS, Pakistan dan lain-lain yang tidak senang dengan Mujahidin memihak kepada Saddam Hussein dalam perang Teluk telah membantu Taliban yang disokong oleh rakyat menggulingkan kerajaan Mujahidin. Jika Taliban kalah, AS akan menegakkan kerajaan boneka dan AS tidak akan mempedulikan perjuangan Mujahidin. AS lebih berminat Raja Afghanistan untuk ditabalkan sebagai raja semula di Afghanistan. Raja yang digulingkan oleh sepupunya sendiri itu kini membuang diri di Itali.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com