Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Tamadun silih berganti

Ramai mempercayai serangan menggunakan kapalterbang penumpang milik Amerika Syarikat (AS) terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan Pentagon merupakan permulaan kemusnahan tamadun barat yang dipimpin oleh AS. Walaupun kepercayaan ini hanya satu keyakinan pihak yang tidak senang dengan barat tetapi ia tidak boleh ditolak begitu sahaja. Tamadun silih berganti dan tidak ada suatu tamadun pun yang kekal. Hanya yang kekal ialah Allah S.W.T. yang menjadi pemilik apa yang ada di bumi dan di langit.

Islam pernah cemerlang dengan tamadunnya dan seterusnya kerana kealpaan ummah dan pemerintah menyebabkan tamadun Islam merudum jatuh. Kemewahan, materialistik dan lain-lain sifat negatif menjadi punca kejatuhan Islam sehingga Islam diinjak-injak dengan rakusnya oleh barat. Suasana yang sama sedang dialami oleh barat. Sifat angkuh dan sombong mereka, kemewahan dan materialistik mereka serta keruntuhan moral akan menjadi punca kehancuran tamadun barat.

Ada pendapat mengatakan abad ini abad Islam. Islam akan mengambilalih semula kuasa dunia. Ini dilihat di mana-mana jua terdapat kelompok-kelompok Islam yang sedang bangkit sehinggakan di wilayah-wilayah yang sebelumnya tidak pernah terdengar terdapat golongan Islam seperti di Kosovo, Chechnya, Bosnia, Uzbekistan, Tajikistan dan lain-lain kebangkitan agak memberangsangkan. Di wilayah-wilayah tradisi Islam memanglah sentiasa berlaku kebangkitan. Kalau negara umat Islam tetap mempertahankan golongan elit pemerintah tetapi rakyatnya tidak bersama dengan ruling elite ini.

Kerana itulah kerajaan-kerajaan negara umat Islam agak berhati-hati dalam pengendalian serangan balas AS berhadap Afghanistan kerana menyembunyikan Osama bin Laden yang dianggap dalang kepada serangan yang meruntuhkan simbol sistem kapitalis barat di WTC dan simbol kekuasaan di Pentagon. Kerajaan Arab Saudi agak berhati-hati sehinggakan Tony Blair, PM British tidak diterima melawat Riyadh. Kemarahan yang memendam rasa umat Islam sangat berbahaya kepada ‘elit-elit pemerintah’ yang tidak popular ini.

Demonstrasi yang hampir keseluruh dunia termasuk di Nigeria dan di negara-negara minoriti umat Islam termasuk di barat membayangkan satu permulaan kebangkitan yang merubah situasi politik dunia. Mana-mana kerajaan umat Islam yang menyokong barat seperti Pakistan hanya menunggu masa untuk digulingkan oleh rakyatnya sendiri.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com