Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Barat bimbang kebangkitan Islam

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkata, kebimbangan dunia barat terhadap kebangkitan Islam dalam semua aspek melatari pihak bersekutu yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) melancarkan pencerobohan terhadap Afghanistan mulai 7 Oktober lalu. Bercakap dalam majlis tazkirah mingguan kepada kakitangan kerajaan negeri di Wisma Darul Iman empat hari selepas AS menyerang Afghanistan beliau berkata, AS tidak mahu Islam berkuasa di mana-mana di dunia kerana kalau Islam berkuasa ia akan meninggalkan kesan kepada rakyat jelata hingga mendorongkan lebih ramai orang menerima Islam.

Beliau menyebut dua contoh kuasa yang bukan Islam bertukar menjadi Islam apabila mereka berdepan dengan kekuatan aqidah dan kebenaran Islam. Kuasa-kuasa itu ialah Parsi dan Tartar, bangsa yang bengis yang menakluki Asia Tengah hingga ke Baghdad. Kuasa besar Parsi bertukar menjadi Islam apabila sebilangan kecil rakyatnya pada mulanya menerima Islam dan dengan kekuatan aqidah, akhlak dan keterbukaan Islam menawan hati seluruh rakyat Parsi menerima Islam walaupun permulaan pemerintahannya bermusuh dengan Islam.

Manakala Tartar pula adalah satu kuasa yang cukup bengis hingga semua berpendapat adalah mustahil untuk menentang Tartar yang menakluki Baghdad. "Bagaimanapun apabila bangsa itu berdepan dengan tamadun Islam, kuasa dan bangsa Tartar bertukar menjadi kuasa Islam," kata Menteri Besar. Kebimbangan mereka kepada Islam itu pernah disarankan oleh diplomat Perancis ketika perang Korea apabila pihak bersekutu barat berhadapan dengan komunis di merata-rata tempat di dunia termasuk Korea, ujar Menteri Besar.

Diplomat itu mengingatkan barat supaya mereka berwaspada tentang adanya ancaman yang lebih besar dari komunis iaitu Islam. Pandangan jahat yang mempengaruhi fikiran barat menentang Islam itu berlaku di mana saja sekarang dan Afghanistan adalah medannya yang terbaru. Beliau berkata, ketika bermusuh dengan komunis, mereka akan memberi jalan kepada komunis apabila bertembung dengan Islam. Sebagai contoh, British terpaksa memerdekakan Yaman tetapi memberi laluan kepada komunis berpengaruh bagi mengelakkan kebangkitan Islam.

Apabila Afghanistan diceroboh komunis, walau pun AS bermusuh dengan komunis, ia memberi bantuan sambil lewa kepada Afghanistan menentang Soviet. Tetapi berkat kekuatan aqidahnya, Afghanistan dapat mengalah dan menghancurkan Soviet Union. "Ini kerana yang menguasai Afghanistan selepas itu adalah Islam, maka AS menumpukan pula sasarannya kepada Afghanistan hinggalah apabila negara itu dikuasai pula oleh Taliban," katanya.

Beliau mengingatkan bahawa Islam juga seperti putaran roda, sekali berada di bawah dan pada kali yang lain berada di atas. Barat pernah menguasai Baitulmaqdis selama 100 tahun. Selepas itu Islam mencapai kemenangan semula. Sekarang giliran Islam jatuh sejak kejatuhan Empayar Othmaniyyah Turki dalam tahun 1924. Sebanyak 23 tahun lagi genap 100 tahun. Justeru itu beliau mengingatkan bahawa orang Islam mesti yakin seperti janji Allah bahawa Islam akan menang semula.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com