Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


ADUN BA Pahang kunjungi MB

KUALA TERENGGANU: Kira-kira tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Alternatif (BA) Pahang diketuai ADUN Semantan, Haji Idris Omar mengunjungi Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di pejabatnya di Wisma Darul Iman baru-baru ini.

Mereka termasuk ADUN Jengka, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, ADUN Tahan, Encik Abdul Malik Yusof, ADUN Penor, Encik Abdul Aziz Long, ADUN Kuala Pahang, Encik Iqbal Hamdi Mohd. Rushdi, ADUN Guai, Mejar (B) Abdul Aziz Ya’akub ADUN Chini Encik Jefri dan ADUN Triang (DAP) Leong Ngah Ngah. Mereka berbual mesra dan bertukar-tukar fikiran dengan pimpinan Kerajaan Negeri sekitar satu jam.

Turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar, Haji Wan Abdul Muttalib Embong, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Sosial dan Kesihatan, Haji Abu Bakar Abdullah, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar, Haji Hussin Ismail, Setiausaha Akhbar Kepada Menteri Besar, Haji Zahari Mohamed dan Setiausaha Khas Kepada Menteri Besar, Haji Zaihan Mohd. Daud.

Mereka turut dihadiahkan pelbagai bahan maklumat dari Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri termasuk WARTA dan pamplet serta bahan bacaan lain.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com