Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Sokongan terhadap Bush terhakis

KUALA TERENGGANU: Kemerosotan sokongan rakyat terhadap ketua negara dan kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) adalah antara yang mendorong Presiden Bush menceroboh Afghanistan bagi mengalih pandangan rakyat. Demikian antara sebab yang diberikan oleh Menteri Besar Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengapa Bush melancarkan juga peperangan terhadap negara Islam yang miskin itu.

Kenyataan ini dinyatakannya kepada pemberita dalam sidang media selepas mempengerusikan sidang mingguan Exco Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman di sini, 10 Oktober lalu. Beliau ditanya sebab-sebab AS tergamak menyerang Afghanistan yang akibatnya membunuh ramai orang awam, malah lebih ramai berbanding dengan korban dalam serangan Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York 11 September dulu.

Berikut adalah sebab-sebab yang beliau sebutkan:

• Permusuhannya terhadap Islam yang tersembunyi di hatinya;

• Kemerosotan ekonomi AS yang teruk sejak sebelum serangan terhadapnya; kemerosotan yang teruk itu menyebabkan ekonomi Jepun dan negara-negara lain juga menghadapi masalah yang serius;

• AS mahu menguasai kekayaan bumi Asia Tengah yang dipercayai mengandungi kawah minyak yang menyamai volum sama banyak dengan rantau teluk; ia tergamak memerangi negara miskin itu untuk menguasai telaga minyak yang baru itu;

• Sokongan rakyat terhadap Bush banyak merosot, dan dia sedar dia bukan memenangi pilihanraya itu atas sokongan rakyat, tetapi dia menang atas keputusan mahkamah.

Beliau menyifatkan serangan AS itu sebagai kejam, zalim dan jahat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 22 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com