Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


AS dan Britain pengganas antarabangsa

DALAM apa keadaan pun Afghanistan tetap sebuah negara merdeka walaupun miskin tetapi berdaulat, yang kini telah diceroboh oleh Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya mulai tengah malam 8 Oktober sehari sebelum OIC mengadakan sidang khasnya di Qatar. Pencerobohan beramaran itu mencerminkan keangkuhan AS yang tidak bersedia mendengar pandangan dunia dan tidak menghormati kewujudan PBB dan lain-lain badan serantau dan dunia. Ini seolah-olah AS membawa semula dunia ke era perang dingin yang menyelubungi dunia selepas perang dunia kedua.

Ia mencerminkan satu keganasan sama dengan keganasan yang dunia diajak berperang bersama-samanya. Kesalahan Afghanistan kalaupun ada ialah ia ditadbirkan oleh Taliban dan kesalahan Taliban kalaupun ada ialah ia enggan menyerahkan mujahid Osama bin Laden yang dipercayai AS sebagai pengganas tetapi belum ada dakwaan rasmi dan belum dibuktikan oleh mana-mana mahkamah di dunia.

Tetapi kita yakin AS dan sekutunya menunggu waktu dan sebab saja untuk menyerang Taliban, kerana ia memilih pentadbiran Islam yang mereka fahami, dan kerana ia mendaulatkan kepimpinan ulama’, dan ia langsung menutup negaranya kepada sebarang pengaruh globalisasi barat pimpinan AS.

Sama ada dunia suka atau tidak suka, itulah proses yang dilalui oleh Perancis pasca revolusinya yang termasyhur itu, itulah proses yang dilalui oleh mana-mana bangsa yang bangkit dari revolusi besarnya. Untuk satu jangka waktu ia terpaksa menempuh priode dan episod getir dan kurang stabil, tetapi jika dunia seluruhnya tidak campur tangan dan membenarkan bangsa itu menangani masalahnya sendiri, maka bangsa-bangsa tadi muncul sebagai bangsa besar yang dihormati.

Itulah sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh Perancis, Jerman, Rusia dan China. Kepungan terhadap Afghanistan lebih teruk dari kepungan terhadap China. AS mewujudkan Taiwan untuk mematahkan komunis China, tetapi ada Soviet Union untuk membela China. Malangnya tidak ada siapa yang boleh melindungi Afghanistan, kerana dunia Islam seluruhnya kini terletak di bawah pengaruh peras ugut AS. Afghanistan hanya ada umat Islam yang belum berkuasa yang tidak bebas untuk keluar sempadan bagi membantunya. Senjata yang mereka berikan tidak lebih dari doa.

Dari awal kita melihat, pencerobohan itu ialah kerana Islam. Kehadiran Osama di bumi itu hanya satu dalih. Semua dunia Islam sepakat bahawa ia adalah serangan terhadap Islam. Keganasan adalah satu dalih, kerana Islam adalah sasaran baru AS dan Barat setelah komunis berkubur dan penganut komunis pula turut bersekongkol kerana mereka juga phobia dengan Islam.

Bush dan Blair hanya bermuka-muka bertemu dengan warga Islam masing-masing. Ia satu usaha pelemah saja. Umat Islam tidak tertipu kerana mereka pernah mengganas terhadap Islam di Iraq, Somalia, malah penyertaannya di Bosnia, Kosova dan lain-lain masih dipersoal. Dan OIC pula, mengapa menunggu hampir sebulan untuk bertemu? Seolah-olah tidak peka dengan kesibukan NATO, Kesatuan Eropah dan lain-lain yang telah lama merancang untuk berperang.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com