Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


TATI diiktiraf di peringkat antarabangsa – Sultan

KUALA TERENGGANU: Jabatan Perkhidmatan Awam, Lembaga Akreditasi Negara (LAN), beberapa universiti dalam dan luar negara mengiktiraf diploma yang diperolehi oleh Graduan Insitut Teknikal Tinggi Terengganu (TATI) yang ibu pejabatnya di Telok Kalong Kemaman. Justeru graduan TATI mempunyai kelayakkan memohon jawatan di mana-mana sektor perkhidmatan awam.

Sultan Mizan Zainal Abidin ibni al-Marhum Sultan Mahmud bertitah, hasil pencapaian itu meyakinkan beberapa buah universiti luar negara termasuk United Kingdom untuk menerima lepasan TATI bagi menyambung pelajaran ke program ijazah hanya memerlukan jangka masa setahun sahaja. Baginda bertitah demikian di Majlis Konvokesyen TATI Kali Ketiga di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini 20 September lalu.

Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Isteri To’ Puan Hajjah Zainab Awang Ngah, Pengerusi Lembaga Pengarah TATI Haji Harun Taib dan isteri Hajjah Fatimah turut hadir di majlis berkenaan. Sultan Mizan bertitah, baginda tertarik dengan perancangan dan pelaksanaan TATI dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan melalui anak syarikatnya, TATI Production. Titah baginda, TATI Production yang ditubuhkan pada tahun 1996 berfungsi sebagai serampang dua mata. "Di samping menyediakan latihan praktikal, ianya turut menjana sumber kewangan bagi meringankan bebanan kewangan Kerajaan Negeri," titahnya.

Baginda bertitah, pelbagai produk pembuatan telah dihasilkan melalui gabungan siswa, pensyarah dan pekerja mahir bagi mendokong keperluan industri petrokimia. "Mutakhir ini, sebuah kilang plastik telahpun didirikan dan mulai beroperasi secara komersil pada akhir bulan Ogos lalu dan telahpun mengeluarkan beg plastik atau beg lapis berkemampuan tinggi (Three layers heavy-duty plastic bags)," titah baginda. Titahnya, itu untuk kegunaan industri petrokimia di koridor Pantai Semenanjung terutamanya Terengganu dan Pahang.

Justeru baginda menaruh keyakinan bahawa pimpinan sekarang mampu menerajui TATI untuk menjadikannya sebuah institusi pengajian tinggi yang berdaya maju dan pusat melahirkan teknokrat yang berjiwa besar bagi membangunkan negeri dan negara. Baginda juga mengharapkan graduan TATI bukan sekadar berjaya mendapatkan pekerjaan di pasaran tetapi berjaya mencipta peralatan moden yang mampu bersaing di pasaran antarabangsa.

Sementara itu Konvokesyen TATI Kali Ketiga berjalan penuh dengan warna-warni. Seramai 90 graduan Intitut Teknikal Tinggi Terengganu (TATI) serta kira-kira 800 orang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat menghadiri Majlis Konvokesyen itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com