Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Pelan Perindustrian Terengganu menjelang 2010 dirangka

KUALA TERENGGANU: Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Awang berkata, Kerajaan Negeri sedang merangka satu Pelan Industri Perindustrian Terengganu sehingga 2010 yang antara lain memberi penekanan dalam sektor automatif. Katanya, adalah tidak mustahil satu lagi bandar automatif di wujudkan di Terengganu selepas Pekan, Pahang.

Justeru Kerajaan mengalu-ngalukan para usahawan yang ingin menjadikan Terengganu sebagai lokasi pelaburan untuk membangunkan industri tersebut. Katanya, Kerajaan Negeri juga ingin melihat lahirnya usahawan tempatan dalam sektor pembuatan automatif menjelang 2003. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Auto Terengganu 2001 (T’Car 2001) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Jalan Padang Hiliran di sini 4 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna, Haji Mohd Abdul Wahid Endut turut hadir dan berucap di majlis tersebut. Menteri Besar berkata, satu masa dahulu kereta dianggap barangan mewah tetapi kini ia sudah menjadi satu keperluan orang ramai. "Dengan taraf pendidikan dan pendapatan yang semakin meningkat, pasaran industri permotoran di Terengganu amatlah cerah," katanya.

Sementara itu, ketika memperkatakan tentang masa depan industri tersebut pada tahun 2003, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi berkata, terdapat usahawan khususnya pengeluar melihat prospeknya dengan penuh kebimbangan. "Memang masyarakat perniagaan umum mengetahui bahawa industri automatif negara akan dilindungi sehingga tahun 2005," jelasnya. Bagaimanapun beliau menyifatkan jarak lima tahun yang diberi itu bagaikan masa kecederaan sahaja dalam permainan bola sepak.

Katanya, bahang pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas Asia (AFTA) bukan sahaja mampu menjejaskan pengeluar automatif negara seperti Proton dan Produa tetapi juga syarikat pembekal komponen atau vendor automatif. Namun demikian pihak pengguna menantikan kedatangan AFTA untuk memiliki kereta idaman masing-masing kerana harganya menjadi lebih murah.

Justeru itu ternyata pelaksanaan AFTA akan membuka persaingan yang hebat kepada industri automatif nasional. "Oleh itu langkah penganjur mengadakan T’Car 2001 bolehlah dianggap bertepatan pada masanya ke arah memperkembangkan lagi pertumbuhan industri automatif tempatan," jelasnya.

T’Car 2001 yang pertama diadakan selama lima hari di Pantai Timur itu adalah anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) dengan kerjasama AX Fifty Sdn. Bhd., dihadiri oleh 28,000 pengujung termasuk dari Pahang dan Kelantan dengan hasil jualan berjumlah RM2.5 juta. Pelbagai kereta berjenama keluaran dalam dan luar negeri serta kereta terpakai dijual di karnival tersebut.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com