Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


YPU matlamat 20 vendor MTB

KUALA TERENGGANU: Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) mensasarkan 20 usahawan automatif tempatan dilahirkan dan dibangunkan dalam Program Vendor Malaysia Truck and Bus (MTB-YPU) tahun depan. Sehubungan itu YPU masih mempelawa mana-mana usahawan tempatan yang berminat untuk menceburi bidang automatif menyertai program vendor MTB-YPU itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Peniaga Kecil dan Hal Ehwal Pengguna Haji Mohd. Abdul Wahid Endut berkata, program vendor itu cuba membantu membangunkan usahawan tempatan terbabit secara langsung dalam industri membuat komponen kenderaan perdagangan yang dikeluarkan oleh MTB Sdn. Bhd. termasuk lori nasional negara, Perkasa.

Katanya, sehingga ini terdapat dua syarikat tempatan diberi kepercayaan untuk memulakan program vendor MTB-YPU tersebut termasuk satu syarikat terlibat dalam komponen produk logam dan besi serta satu syarikat lain dalam komponen produk plastik. Beliau berkata demikian ketika berucap di Karnival Auto Terengganu 2001 (T’Car 2001) di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) Padang Hiliran di sini 4 Oktober lalu.

Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berucap merasmikan T’Car 2001 itu. Sementara itu, Haji Mohd. Abdul Wahid berkata, pelaksanaan T’ Car 2001 berasaskan kepada empat objektif utama termasuk menyediakan satu platform terbaik kepada usahawan dalam sektor automotif dan masyarakat pengguna yang berminat dan ingin menceburkan diri dalam urusniaga automatif.

Ia juga sebagai usaha untuk membangunkan dan memperluaskan pertumbuhan industri automotif negara yang secara langsung memberi impak kepada perkembangan pertumbuhan ekonomi negeri. Ia bertujuan mempamerkan pelbagai model kenderaan terkini, terpakai dan aksesori-aksesori serta mewujudkan persaingan yang sihat antara pengedar atau penjual seterusnya memastikan harga yang ditawarkan lebih kompetitif.

Katanya, berasaskan objektif tersebut T’Car 2001 merupakan langkah permulaan pihak penganjur untuk menjadikan event itu sebagai medan urusniaga automotif yang terbaik kepada para pengeluar dan penjual kenderaan dengan pengguna yang ingin mendapatkan pilihan pelbagai kenderaan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com