Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Terengganu masih kekalkan tarif air

DUNGUN: Kerajaan Negeri tidak berhasrat menaikkan tarif air untuk mencari keuntungan dari keperluan asasi rakyat itu, kata Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Bagaimanapun Kerajaan sedang mengkaji untuk menaikkan takrif air bagi kegunaan perindustrian.Katanya, air bukan sahaja suatu elemen untuk memenuhi keperluan asas harian tetapi ia elemen utama untuk menggandakan keimanan. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bangunan Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU) yang menelan kos RM900,000 di Bandar Al-Muktafibillah Shah di sini 16 Oktober lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi, Encik Yahaya Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Wan Ngah Wan Ali turut hadir di majlis itu.

Menteri Besar berkata, peranan air sebagai eleman utama dalam kehidupan manusia adalah suatu yang tidak boleh dinafikan. "Malah ia dianggap unsur terpenting dalam mewujudkan kesinambungan pembangunan dan mempercepatkan proses ketamadunan yang dilaksanakan dalam sesebuah negara atau negeri," jelasnya.

Justeru Kerajaan Negeri amat menghargai peranan yang dimainkan oleh SATU dalam memberi sumbangan bernilai termasuk menjaga kebajikan rakyat dan membantu meringankan bebanan kerajaan melaksanakan pembangunan yang berterusan. Sementara itu, Wan Ngah berkata, dari segi penyediaan infrastruktur Terengganu masih lagi mendahului negeri-negeri lain.

Bagaimanapun katanya, sebanyak RM400 juta diperlukan untuk menaikkan taraf loji, memanjangkan jejari paip dan menggantikan paip-paip lama.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com