Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Penduduk Pulau Redang terima geran tanah

SETIU: Penduduk Pulau Redang yang semuanya tinggal di Kampung Penempatan Sementara mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri kerana berusaha menyerahkan geran tanah kediaman untuk kesinambungan kehidupan mereka di pulau itu. Rata-rata lima penduduk yang sudah memperolehi geran sementara ketika ditemui di pulau itu berpendapat janji kerajaan dalam Manifesto partinya benar-benar ditunaikan bukan sekadar cakap kosong.

Encik Mohd. Idrus Mohd. Amin, 37 berkata, berpuluh-puluh tahun penduduk di pulau itu mengharapkan Kerajaan membantu mereka untuk memperolehi tanah berkenaan tetapi hanya di bawah pemerintahan Barisan Altrenatif (BA) sahaja ianya berjaya dilaksanakan. "Penduduk pulau itu merasa bertuah kerana lebih dahulu diberi peluang memiliki geran tanah berbanding penduduk Terengganu yang lain," jelasnya.

Katanya, walaupun geran itu disifatkan sebagi geran sementara tetapi ia sebagai permulaan untuk menerima geran kekal. Katanya, penduduk pulau itu akan berusaha mendapatkan geran kekal dari kerajaan selepas tidak kurang 40 orang dari mereka berjaya menjelaskan premium tanah dan bayaran lain bernilai RM2,045 kepada Pejabat Tanah Kuala Terengganu. "Saya berharap Kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan itu," jelasnya.

Justeru beliau menyeru penduduk berkenaan segera membayar premium tanah kepada kerajaan mengikut kemampuan mereka sama ada secara sekaligus atau beransur-ansur untuk membolehkan proses permohonan geran kekal dilaksanakan. Seramai 232 penduduk ditawarkan untuk menerima geran itu. Bagaimanapun sehingga ini, hanya lima orang sahaja penduduk menjelaskan bayaran berkenaan kepada pejabat tersebut.

Penyerahan geran itu dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar, Haji Abu Bakar Chik di satu majlis di pulau itu baru-baru ini. Ahli Parlimen Setiu, Che Ghani Ambak, beberapa pegawai kerajaan dan 200 penduduk tempatan hadir di majlis itu. Sementara itu, seorang penduduk lain yang turut menerima geran, Che Deraman Ismail, 51 berkata, ramai dari penduduk tidak menyangka Kerajaan Negeri sekarang mampu berbuat demikian kerana kerajaan lalu hanya pandai menabur janji kepada penduduk sahaja.

"Kami sering ditipu oleh parti tertentu kononnya kerajaan akan memberi geran tanah kepada penduduk menjelang pilihan raya tetapi tidak ada apa-apa perkembangan berlaku selepas pilihan raya," jelasnya. Penerima geran lain termasuk Encik Baharuddin Muhammad, 43, Encik Joni Mohamad, 42 dan Abdul Wahab Awang Besar menyifatkan janji kerajaan tepat pada masanya sambil meminta pihak kerajaan memberi penjelasan dari semasa ke semasa agar penduduk berkenaan menunaikan tanggungjawab mereka menjelaskan premium itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com