Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Koperasi ambil alih pajak sarang burung

SETIU: Pajakan Sarang Burung layang-layang Pulau Redang dijangka akan dikendalikan oleh Koperasi Setia Jaya sepenuhnya di masa akan datang dengan harga RM70,000 setahun, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Haji Abu Bakar Chik di satu majlis di sini baru-baru ini. Katanya, penduduk Pulau Redang akan merasai hasil pendapatan itu secara bersama melalui koperasi berkenaan.

Pajakan itu kini dikendalikan oleh orang perseorangan dengan harga RM105,000 setahun. Pemajak terbabit dipercayai mendapat keuntungan tidak kurang RM20,000 setahun. Pemajak memperolehi kira-kira 300 kilogram sarang burung setahun. Sarang burung layang-layang menjadi bahan campuran soap yang menjadi makanan istimewa orang China dengan harga yang agak mahal di restoran di negara China, Singapura dan lain-lain.

Harga borong sarang burung kelas 1 berwarna putih ialah RM4,000 sekilogram manakala kelas 2 berwarna hitam berharga RM1,400 yang dijual kepada peniaga cina di bandar Kuala Terengganu. Difahamkan sarang burung itu di eksport ke Singapura dan kemudiannya di eksport pula ke negara China dan lain-lain. Sementara itu, Pengerusi Koperasi itu, Encik Tawang Ali, 48 ketika ditemui di pulau itu berkata, sehingga ini koperasi itu memperolehi pendapatan sebanyak kira-kira RM300,000 sejak 12 tahun lalu. Kira-kira 30 ahli berkongsi memajak telur penyu mulai Mac hingga November sepanjang tahun dengan bayaran RM1,200 setahun seorang.

Mereka terpilih dengan sistem undi yang dilaksanakan oleh koperasi untuk memberi peluang kepada penduduk memperolehi hasil lumayan tidak kurang RM5,000 setahun. Koperasi memberi pinjaman kepada ahli sebanyak RM600 manakala RM600 lagi mereka berusaha sendiri untuk langsaikan bayaran pajakan itu. Setiap orang hanya memperolehi giliran antara lapan dan sembilan kali sahaja sepanjang tempoh pajakan itu dengan menemui beberapa lubang penyu bertelur dalam tempoh itu dengan tidak kurang 100 biji telur penyu ditemui dalam satu lubang.

"Koperasi memperolehi pendapatan sebanyak RM36,000 hasil pajakan itu. Dari pendapatan itu koperasi membayar RM10,000 harga pajakan kepada Kerajaan Negeri," jelasnya. Koperasi itu yang berfungsi sebagai badan kebajikan menghulur bantuan kepada ahli termasuk berjumlah RM300 seorang masing-masing untuk kematian, pergi haji, dan derma siswa. Koperasi mula mendapat pajakan telur penyu dari Kerajaan mulai awal tahun 1990-an di beberapa kawasan termasuk Pantai Chaga Hutan, Pantai Mat Kempit dan Pantai Mat Sepai.

Pantai Mat Kempit tidak lagi dipajak tetapi diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri untuk dijadikan sebagai kawasan penetasan penyu. Encik Tawang yang menjadi pengerusi koperasi sejak 12 tahun lalu berkata, telur penyu agar yang memberi tumpuan bertelur di pulau itu dijual di Pasar Besar Kedai Payang mengikut harga pasaran oleh pemajak.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com