Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


30 lot tanah kerajaan lulus

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Negeri meluluskan lebih dari 30 lot tanah kepada rakyat di negeri ini dan menolak satu permohonan dalam mesyuarat exco kerajaan pada 10 Oktober lalu kata Menteri Besar Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini baru-baru ini.

Manifesto PAS dalam pilihanraya umum lalu berjanji untuk memberi tanah kepada rakyat yang tidak bertanah dan yang pernah mendapat tanah dari kerajaan. Dalam WARTA keluaran lalu Exco Kanan Kerajaan, Dato’ Haji Mustafa Ali memberitahu satu majlis dailog bahawa Kerajaan Negeri hanya memberi sekali saja tanah kepada rakyat yang belum pernah diberi tanah. Sementara itu, Menteri Besar berkata, Kerajaan pernah menolak permohonan tanah orang yang diberi tanah kerajaan sebanyak dua kali.

Menteri Besar berkata, Kerajaan juga menerima 13 permohonan untuk membuat sekolah baru. Enam daripadanya diluluskan serta merta, manakala empat lagi diluluskan pada dasarnya tetapi teknikalnya hendaklah dibetulkan. Hanya tiga permohonan telah ditolak disebabkan tidak cukup syarat seperti tanah yang dipohon adalah sempit, tidak cukup kawasan untuk padang permainan. Bagaimanapun pemohon dinasihatkan untuk membuat permohonan lain. Kerajaan sedia memberi tanah kerajaan yang lain untuk tujuan sekolah.

Adalah menjadi dasar kerajaan sekarang, untuk menyegerakan permohonan sekolah terutama di kawasan-kawasan yang jauh dari sekolah yang sedia ada. Menjawab satu soalan mengenai kononnya kerajaan sekarang melambat-lambatkan kelulusan permohonan tapak sekolah, beliau menjawab, pihaknya akan memberi kelulusan segera seperti yang diluluskan sekarang. Jika dibanding dengan 40 tahun dulu, kerajaan lalu tidak dapat meluluskan tapak sekolah di tempat tertentu sebaliknya kerajaan sekarang mengambil masa kurang dari dua tahun untuk meluluskannya. Kerajaan juga telah meluluskan tiga permohonan lagi untuk tapak perikanan, bomba dan balai polis.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com