Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Siasat kemusnahan bakau di Pulau Redang

SETIU: Jabatan Alam Sekitar diminta menyiasat tindakan pihak tertentu memusnahkan pokok bakau di Pulau Redang di sini kerana ia membawa kesan negatif terhadap alam sekitar di pulau itu. Seorang penduduk, Mohd. Idrus Mohd. Amin, 37 berkata, kecantikan Pulau Redang dan kesan alam sekitar mungkin terjejas dengan tindakan menebang pokok bakau yang tumbuh di pulau itu secara berleluasa.

Katanya, aktiviti pelancongan boleh beroperasi tetapi bukan dengan cara memusnahkan keindahan alam semula jadi di pulau itu. Beliau berkata demikian ketika ditemui di pulau tersebut baru-baru ini. Tinjauan WARTA mendapati pokok bakau yang berada sejauh 100 meter musnah begitu sahaja apabila ia ditebang oleh pihak tertentu untuk projek pelancongan. Mohd. Idrus berkata, Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap kesan alam sekitar di pulau itu supaya keindahannya kekal untuk manfaat generasi akan datang.

Katanya, pokok bakau mempunyai daya tarikan pelancong tersendiri di pulau itu dan ia suatu keistimewaan di pulau berkenaan. Dipercayai perubahan alam sekitar akan berlaku di pulau itu apabila rimbunan bakau musnah akibat kealpaan manusia menjaga alam sekitar.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com