Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Hidupkan budaya ta’awwun

HULU DUNGUN: Seramai 30 penduduk Kampung Shukur dan sekitarnya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Haji Roslan Ismail bergotong royong membaiki rumah ibu tunggal Minah Choh, 72 yang agak uzur di kampung itu, 6 Oktober lalu. Ini sebagai melahirkan masyarakat prihatin dan menghidupkan budaya ta’awwun (bantu membantu antara satu sama lain) di kalangan rakyat.

Menurut Setiausaha khas ADUN Bukit Besi, Naraza Muda, Minah kini tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Beliau hanya mampu menahan kesejukan ketika hujan kerana atap rumahnya bocor teruk. Ketika ditemui Minah Choh begitu gembira di atas pertolongan dan sumbangan yang diberikan kerajaan negeri. Beliau mengakui penderitaan hidupnya tidak mendapat perhatian dari kerajaan dulu, walaupun berkali-kali permohonan untuk membantu meringankan bebanan hidupnya itu dihantar kepada pihak tertentu.

Turut hadir di majlis berkenaan ialah Pengerusi Jawatankuasa Syura Rakyat (JSR) Al-Muktafi Billah Shah, Encik Ali Khan Kadir, Pengerusi JSR Pasir Raja, Encik Yusri Sulaiman dan Pengerusi JSR Minda, Encik Mahdon Busu Daleng.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com