Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Rakyat hanya dapat kuah dari pembahagian wang ehsan

KUALA TERENGGANU: Ramai dari kalangan rakyat Terengganu mempertikaikan pembahagian wang ehsan kerana dipercayai ia diselewengkan sehingga ia tidak dimanfaatkan kepada rakyat. Yang mendapat isinya kelompok tertentu manakala rakyat hanya mendapat kuahnya sahaja. Fenomena itu terus berleluasa walaupun kelompok itu tidak lagi memerintah Terengganu.

Bagaimana dan banyak mana wang royalti yang dirampas bagi dijadikan wang ehsan dibahagi-bahagikan kepada rakyat Terengganu terus diperkatakan oleh rakyat jelata di negeri ini. Orang yang penting merancang rampasan hak rakyat dan negeri Terengganu itu dipercayai bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin atas desakan parti pembangkang Terengganu. Beliau sudah tidak ada lagi dalam kerajaan dan telah dipinggirkan dari arena politik di negara ini.

Bukan beliau saja yang terpinggir malah orang-orang ditonjolkannya juga membawa diri. Cuma yang masih tinggal ialah Dato’ Mustafa Muhamad yang kini masih menjadi penasihat ekonomi negara. Dari wang royalti yang dalam tahun 2000 dipercayai mencecah RM1 bilion, hanya sekitar RM100 juta dipulangkan kepada Terengganu di bawah peruntukan ‘program pembayaran wang ehsan’.

Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Mohd. Anuar Mohd. Nor memberitahu Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung di Merang, Setiu awal Oktober ini bahawa RM68 juta dari peruntukan itu akan dikeluarkan menjelang bulan Disember ini untuk diagihkan kepada orang miskin bagi menghadapi Hari Raya Puasa.

Bantuan itu adalah sebahagian dari peruntukan RM100 juta untuk tahun ini. Ia termasuk bantuan untuk ibu tunggal, warga emas, bantuan kecacatan dan persekolahan. Laporan yang dipetik dari Bernama itu menyebut wang itu diberi dua kali setahun iaitu setiap Februari dan November melalui Jabatan Pembangunan Negeri (JPN). Sejauh mana JPN berwibawa mentadbirkan wang itu menjadi tanya tanya. Pendapat umum di negeri Terengganu merasakan bahawa JPN adalah tukang bayar saja tetapi yang menentukan siapa dan banyak mana seseorang dapat ialah kuasa politik di belakang pembahagian wang itu.

Pemimpin-pemimpin UMNO di berbagai tahap dipercayai lebih banyak pengaruh untuk agihan itu. Adalah dipercayai aktivis dan penyokong UMNO yang tidak semestikan miskin atau ibu tunggal berebut-rebut membuat permohonan. Kebanyakannya menjadikan wang itu tambahan pendapatan belanja harian. Masing-masing tidak pernah mendapat habuan seperti itu sebelum ini.

Antara orang-orang berada, yang tidak termasuk dalam bantuan kebajikan masyarakat, juga merasa wang istimewa itu menjelang pembukaan sekolah, digunakan untuk membeli buku, pakaian sekolah dan peralatan lain. Ia juga dipercayai digunakan untuk lawatan sambil belajar ke luar Terengganu dan keluar negara. Bagaimanapun yang berjaya berbuat demikian ialah orang-orang berpengaruh dalam politik pembangkang negeri itu.

Banyak sungutan kini bahawa pembahagian itu tidak telus malah tepat dengan daleh yang Kerajaan Pusat beri untuk merampas wang itu dulu dari kerajaan kerana kononnya ia tidak ditadbirkan secara telus dan betul oleh Kerajaan Negeri. Akhir-akhir ini heboh diperkatakan, seseorang yang penting telah hilang dari masyarakat. Perkhabaran itu sukar hendak disahkan. Yang memilukan masyarakat di Terengganu ialah sebahagian kecil saja wang itu dipulang ke Terengganu. Ia pula tidak dalam bentuk pembangunan yang jelas seperti menyediakan peralatan mencari ikan bagi nelayan.

Malang bagi Terengganu dan rakyat apabila sebahagian besar dari wang itu tidak dipulangkan ke negeri itu. Rakyat perlu memberi pengajaran secukupnya kepada golongan yang menjadi pengkhianat terhadap rakyat dan negeri sendiri melalui sistem demokrasi sedia ada di masa akan datang.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com