Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Bertindak terhadap campurtangan asing

KUALA LUMPUR: Kisah bekas Perdana Menteri singapura yang juga Menteri Kanan Lee Kuan Yew dikatakan membuat kenyataan betapa UMNO secara moral tidak lagi berkuasa selepas pilihanraya akan datang menjadi salah satu soalan lisan di Dewan Rakyat, dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kemaman, Haji Abdul Rahman Yusuf. Lee Kuan Yew juga dikatakan menyebut, pihaknya tidak juga selesa berurusan dengan PAS selepas itu.

Haji Abdul Rahman meminta Menteri Luar menyatakan sikap kerajaan sama ada membuat bantahan rasmi di atas kenyataan itu dan tidak menyifatkan campurtangan asing dalam pemerintahan negara atau sebaliknya mengenai kenyataan itu.

Haji Abdul Rahman juga mengemukakan soalan-soalan berikut:

Minta Menteri Luar Negeri menyatakan keluasan serta nilai tanah di kawasan Shenton Way yang ditawarkan oleh Kerajaan Singapura sebagai pertukaran tanah kepada keretapi Tanah Melayu di Tanjong Pagar? Apa bentuk pembangunan yang akan diusahakan di kawasan-kawasan tersebut oleh Keretapi Tanah Melayu?

Minta Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar menyatakan kawasan yang diwartakan sebagai "Bio-Valley". Apakah kawasan yang diusahakan oleh Malaysian Herbal Corporation kepunyaan Tabung Haji di Negeri Sembilan termasuk dalam kawasan tersebut.

Minta Menteri Kewangan menyatakan kegunaan hasil penerbitan Bon Daulah Kerajaan Malaysia yang dipasarkan di pasaran kewangan Amerika Syarikat. Berapakah kadar faedah yang ditawarkan ke atas bon ini?

Minta Perdana Menteri menyatakan berapakah jumlah hutang yang ditanggung oleh PETRONAS. Sila nyatakan juga nilai pelaburan yang dibuat oleh syarikat minyak itu.

Minta Perdana Menteri menyatakan berapakah forum antarabangsa yang disertai oleh Perdana Menteri ditaja oleh organisasi tempatan dan berapakah oleh organisasi asing.

Minta Perdana Menteri menyatakan berapa jumlah pengeluaran Petorelum dan Gas dari dalam negara dan berapa jumlah pendapatan hasil pengeluaran itu.

Minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah PROTON akan menerima tawaran yang dibuat oleh Rover untuk mengambilalih syarikat Lotus. Apakah implikasi terhadap pembangunan teknologi Proton sekiranya itu berlaku.

Minta Perdana Menteri menyatakan jenis-jenis pelaburan serta nilainya yang dibuat oleh Tabung Haji di Indonesia. Apakah Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menyiasat penyelewengan yang berlaku dalam Tabung Haji.

Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah status kertas putih yang akan dibuat oleh Kerajaan mengenai kumpulan Al-Maunah, Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) dan Peristiwa Kampung Medan. Sila nyatakan tempoh masa kertas putih itu akan dibentangkan kepada Parlimen.

Sementara dalam soalan bertulis, beliau bertanyakan hal-hal berikut:

Minta Menteri Pendidikan menyatakan hasil siasatan kenyataan seorang pelajar tercicir Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bahawa terdapat kegiatan militan bawah tanah oleh gerakan pelajar. Apakah Kerajaan berpuas hati akan kebenaran kenyataan tersebut sehingga diperbahaskan oleh menteri dan pegawai-pegawai Institusi Pengajian Negara.

Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah Kerajaan akan memansuhkan Unit Pencegah Penyeludupan yang bertindih tanggungjawab dengan pasukan Gerakan Am (PGA). Apakah kegiatan penyeludupan terkawal dan ditahap yang memuaskan.

Minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah Kerajaan sedar bahawa kegiatan perjudian haram makin berleluasa melalui komputer. Apa tindakan kerajaan untuk mengawal kegiatan ini yang menukar secara meluas melalui arked-arked permainan komputer.

Minta Perdana Menteri menyatakan apakah beliau sedar bahawa kenyataan beliau mengenai kegiatan Islam menjauhkan lagi masyarakat bukan Islam kepada Islam. Bukankah ini menyumbangkan lagi kepada penyakit Islam phobia yang merebak di dunia barat?

Minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap 47 orang pensyarah UiTM dan apakah kesalahan pensyarah-pensyarah tersebut yang telah diambil tindakan dipecat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com