Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Kain Rentang Petanda Kebatilan

Di dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu baru-baru ini, saya sungguh tertarik dengan bendera-bendera dan kain rentang yang berkibaran di sepanjang jalan dari Kemaman sehingga Kuala Terengganu. Nampaknya dua parti politik utama di negeri itu, UMNO dan PAS, bersaing hebat menonjolkan kekuatan masing-masing. Isu yang terserlah dipamerkan berkisar di keliling Islam dan Ryalti Petroleum. Apa yang amat menggelikan hati ialah tiga kain rentang UMNO. Satu daripadanya berbunyi," PAS bukan Agama ... Parti Politk " dan yang satu lagi," Dulu Hudud kini Royalti... semuanya Sandiwara ". Tapak kain rentang kedua ini, sebelum ini saya nampak kain rentang UMNO yang mengiklankan pinjaman " Wang Ehsan " yang menyatakan, " Sesiapa yang hendak meminjam wang ehsan, sila hubungi Ktua Cawangan UMNO........".

Kain rentang yang pertama," PAS bukan agama...." mencerminkan kebodohan UMNO, kerana semua orang, melainkan UMNO, mengetahui bahwa PAS bukan satu agama. Ia adalah satu parti politik yang memperjuangkan Islam. Munngkin, bagi UMNO, PAS ialah suatu agama baru. Amat jelas sekali UMNO keliru dengan Islam, justru menyokong dan menyalak sokongan apabila Mahathir, baru-baru ini mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Mereka tidak dapat membeza di antara Agama dan Parti Politik. Untuk tidak mempamerkan kebodohan dengan lebih lama lagi, eloklah UMNO turunkan kain rentang itu.

Dalam kain rentang keduanya, " Hudud Royalti Satu Sandiwara " menggambarkan bagaimana UMNO telah mengsandiwarakan kedua-dua isu itu. Ini terbukti apabila Mahathir mempermain dan menghina Hukum Hudud yang telah dicadangkan Kerajaan Negeri Kelantan untuk dikuatkuasa di negeri itu beberapa tahun dulu. Jika sekiranya UMNO tidak bersandiwara, menghayati ajaran Islam yang tulen, tentu sekali UMNO akan mendesak pemimpinnya Mahathir untuk meluluskan perlaksanaan Hudud di negeri Kelantan. Begitu juga Royalti Petroleum yang termaktub di dalam satu perjanjian bertulis di antara Petronas dan Kerajaan Negeri Terengganu ( ambil perhatian: perjanjian bukan antara Petronas dan Kerajaan UMNO Terengganu ) telah dirompak oleh UMNO. Rompakan Royalti daripada kerajaan yang berhak adalah satu sandiwara lakonan UMNO, dan dinamakan pula " Wang Ehsan ".

Kain rentang yang ketiga pula menunjukkan betapa " pelahaknya " UMNO sehinggakan Wang Ehsan dijadikan " harta-hardaknya " untuk dipinjamkan. Berapa pula agaknya faedah " bunga " yang dikenakan ke atas si peminjam. Ingat, UMNO, sebuah parti yang memerintah " Negara Islam " tidak makan riba dari keringat rakyatnya !!

Berkibarnya dengan bebas bendera dan kain rentang UMNO di sepanjang jalan menunjukkan sikap toleren Kerajaan yang diperintah BA/PAS. Saya masih ingat, semasa UMNO memerintah Terengganu bendera atau kain rentang yang dinaikkan PAS atau mana-mana parti pembangkang diarahturunkan atau diturun sendiri oleh pihak berkuasa tempatan. UMNO tidak seharusnya mengambil kesempatan kelembutan Kerajaan BA/PAS untuk mempamerkan kebodohannya.

Watchdog

...........................................
Artikal terakhir Watchdog dilaman ini pada Jan 2001






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com