Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Dr Badrulamin dipanggil mengadap SB

Oleh : Wartawan WR

KEPONG: Dr Badrulamin yang baru dibebaskan 3 November lalu telah dipanggil ke balai polis Rawang kerana perhimpunan di Gombak, menurut satu sumber.

Sumber memberitahu, Dr Badrul telah dipanggil pada 6 November untuk diberikan peringatan supaya jangan campur hal-hal politik. Seorang SB telah mengingatkan bahawa DR Badrul telah melanggar syarat kerana menyertai perhimpunan melapor diri di balai polis gombak 4 November lalu.

Namun Dr Badrul tegas menjawab bahawa beliau pergi bersembayang tetapi makmun kemudiannya ingin bersama mengiringinya melapor diri di balai polis Gombak.

"Mustahil saya mahu menghalang mereka, mereka mahu ikut bukan saya suruh atau paksa," kata beliau kepada SB terbabit. SB terbabit kemudiannya mahukan Dr Badrul tidak lagi bertemu dengan orang ramai dan hanya tinggal dirumah.

Dr Badrul memberitahu bahawa beliau adalah hamba allah yang diperintahkan menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegak kemungkaran.

"Mana mungkin saya mahu melaksanakan perintah itu jika saya hanya tinggal dirumah sahaja," kata beliau kepada SB itu. Hingga berita ini ditulis, masih ramai lagi tetamu yang berkunjung ke rumah Dr Badrulamin di NO 40, jalan 50, Taman Desa Jaya Kepong (berhampiran dengan Masjid Al-Faizin).

Dr Badrulamin menyifatkan bahawa kunjungan tetamu dan sabat handai membuktikan semangat dan ikatan ukhwwah terjalin padu didalam Keadilan. "saya seperti baru pulang dari Mekah... tidak putus-putus dikunjungi tetamu," kata beliau.~WR

www.webreformis.cjb.net






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 20 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com