Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Sahari Bahari setiausaha agung baru keadilan

Oleh Wartawan WR

DAMANSARA: Datin Seri Presiden mengumumkan bahawa Ir Sahari Bahari adalah Setiausaha Agung Parti yang baru berkuat kuasa serta merta. Manakala Bendahari Agung Parti pula adalah bekas calon Likas, Justina Lew yang juga seorang peguam.

Pelantikan setiausaha agung baru Keadilan menamatkan desak desus mengenai beberapa nama yang dikaitkan untuk jawatan lantikan presiden itu. Sementara itu, tahanan ISA, Saari Sungib, Ketua Pangarang Berita Keadilan, Khalid Jaafar, N. Gobalakrisnan, Dr Pratap Singh, Animah Ferrer pula dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi Parti lantikan presiden. Menurut sumber, sehingga kita jawatan Ketua Penerangan dan Ketua Perhubungan Negeri masih belum diumumkan oleh presiden.

"Kemungkinan minggu hadapan, presiden akan mengumumkan senarai penuh ahli MPT termasuk Ketua Penerangan dan Ketua-Ketua perhubungan,"katanya kepada WR.

Pelantikan Sahari Bahari menamatkan spekulasi siapa yang akan dilantik sebagai setiausaha agung parti, sebelum ini antara nama yang disebut-sebut adalah Datuk Kamarul Ariffin yang juga Ketua Bahagian Subung Jaya.

Pelantikan Bendahari Agung dari kalangan pemimpin dari Sabah pula dijangka akan menyebabkan lebih ramai rakyat Sabah menyertai Keadilan terutamanya penyokong PBS yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk Pairin membawa PBS menyertai BN.

Bagi jawatan-jawatan MPT lantikan pula, pelantikan Saari Sungib yang tidak bertanding adalah satu tindakan bijak presiden. Saari dikatakan tidak mahu bertanding kerana bimbang dengan suasana hangat pemilihan tempoh hari. Setelah keadaan reda, pelantikan beliau ke jawatan tersebut dijangka membawa banyak manafaat kepada parti.

Pelantikan Ketua Pengarang Berita Keadilan, Khalid Jaafar ke kerusi MPT sebenarnya sudah dijangka oleh banyak pihak. Sebagai ketua bagi sebuah organ parti, kedudukan beliau dalam MPT amat penting bagi membolehkan beliau memberikan maklumat terkini kepada MPT disamping boleh menerima terus arahan-arahan daripada MPT.

Pelantikan N. Gobalakrisnan, Animah Farrer dan Dr Pratap Singh dikatakan adalah usaha untuk merakyatkan parti kepada golongan India, wanita dan kaum 'Guru Nana'.~WR Crew

Wartawan WR
www.webreformis.cjb.net






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com