Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Ghani Patail sah AG baru, Daim akan didakwa!

Oleh Wartawan WR

PUTRAJAYA: Datuk Abdul Gani Patail, pendakwaraya dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim telah di'naikkan pangkat' sebagai Peguam Negara yang baru mengantikan Ainum Mohd Saaid yang meletak jawatan.

"Peletakan jawatan Ainum diterima oleh kerajaan hari ini," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rais Yatim pada sidang media di sini. Ainum dipercayai tertekan sejak menjadi Peguam Negara kerana dikehendaki mengikut kemahuan dan kehendak Dr Mahathir Mohamad, terutamanya dalam beberapa kes termasuk ISA.

WR difahamkan bahawa Ghani Patail yang dipertikaikan kewibawaannya oleh 3 orang hakim mahkamah rayuan baru-baru ini mahu dilantik sebagai Peguam Negara sebahagi hadiah kerana berjaya membawa Datuk Seri Anwar Ke penjara.

Seorang peguam kanan reformasi memberitahu WR, Ghani pernah berkata bahawa beliau mahu menjadi AG walaupun sehari. "Dan kemunkinan juga pelantikan beliau sebagai satu isyarat bahawa sedikit masa lagi Tun Daim akan didakwa," katanya Dr Mahathir dikatakan sedang merancang untuk mendakwa Tun Daim Zainudin namun kerana Ainum sendiri enggan menandatangani dokumen pendakwaan maka kes tersebut tertangguh.

Sejak beberapa bulan lepas, seorang demi seorang jeneral Tun Daim telah dicantas oleh Dr Mahathir dan dipercayai bahawa perlantikan ghani berkait rapat dengan usaha menbawa Daim ke mahkamah. Pelantikan Abdul Gani berkuatkuasa 1 Jan tetapi beliau akan memulakan tugas Peguam Negara sebaik saja Ainum bercuti tidak lama lagi, katanya.

Ainum telah meletakkan jawatan dan berkuatkuasa mulai 1 Jan 2002 atas alasan kesihatan. Beliau dilaporkan telah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Rais Yatim Selasa lalu. Ainum dikatakan memberi sebab hendak meletak jawatan kerana penyakit thyroid yang dihidapinya.

Beliau telah mengambil cuti sakit selama sebulan pada bulan September . Sementara itu, akhbar Straits Times Singapura melaporkan, spekulasi yang menyelubungi cakap-cakap kemungkinan beliau meletakkan jawatan ialah kerana hubungan rapatnya dengan bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin.

Ada juga yang mengaitkan perlantikannya ke jawatan itu Disember lalu bagi menggantikan Tan Sri Mokthar Abdullah atas “pilihan” Daim.

Ainum sebelum ini adalah orang nombor dua di Suruhanjaya Sekuriti. Sebelum ini beliau juga dikatakan sedang disiasat kerana beberapa hal semasa berkerja di Suruhanjaya Sekuriti dulu. Dr Rais bagaimanapun menafikan adanya sebarang siasatan dijalankan ke atas Ainum.

Wartawan WR
www.webreformis.cjb.net






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 23 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com