Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


Eksklusif dari Badrulamin

Assalamualaikum.w.w. & Salam Reformasi!

Syabas ! Perjuangan akan terus kita tegakkan. Ingat kata DSAI, "tidak hari ini... esok, tidak minggu ini... minggu depan, tidak bulan ini... bulan depan, tidak tahun ini... tahun depan. Namun Lawan Tetap Lawan! Sedikit perkembangan terakhir, saya dah tiga kali dipanggil ke Ibu Pejabat polis Gombak di Rawang.

Kali pertama kerana kononnya saya telah mengumpulkan orang untuk mengiringi saya melapor diri di Balai Polis Gombak pada 4 Nov. Kali kedua kerana hadir ke pejabat Azmin dan baca doa dalam program Pameran X-Files. Semalam kali ketiga kerana bercakap pada wartawan...

Setelah diugut beberapa kali dengan 'kembali ke Kamunting'... saya menegaskan bahawa dengan syarat-syarat yang zalim dan menyusahkan ini, saya akan berasa lebih lega dan senang untuk berada di 'dalam' daripada di 'luar'.

Kalau di dalam memang dah pasti saya tak dapat buat apa-apa... tapi di luar ini ibarat 'kita dihidangkan makanan yang lazat-lazat tapi tak dibenarkan makan malah cium bau pun adalah satu kesalahan'. Macamanapun, saya telah mendapat kelonggaran untuk hadir solat Tarawih di Masjid dan pulang lewat sejam (dulu jam 10 malam) mulai 23 Nov setelah memohon lebih 2 minggu lalu.

Para 2 permit itu menyebutkan... "Kelonggaran syarat ini diberikan kepada anda adalah semata-mata untuk membentu anda dalam usaha pemulihan." Saya juga dibenarkan pulang kampung (Sabak Bernam) pada 30 Nov ini untuk 2 hari sahaja.

Begitulah permainan mereka... Apa yang Nashita sebut itu benar. Sampai bila kita akan membiarkan kezaliman ini? Mulai sekarang, tingkatkan tekanan dengan apa cara sekalipun. Jaga perpaduan dan keikhlasan hati sesama kita dan letakkan matlamat perjuangan di tempat yang paling atas mengatasi matlamat-matlamat yang lain.

Kita mungkin sakit... kecewa... dan berbagai lagi namun jangan lupa saudara kita di Sg. Buluh. Perjuangan ini tidak bangkit tanpanya.

Dr Badrul Amin

http://webreformis.tripod.com/nov2001/1127_04.htm
26 November, 2001 11:33 PM






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com