Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


BIAR MEREKA SAJA YANG BODOH

Memang tujuan konspirator untuk membodohkan rakyat, tetapi sebagai rakyat yang amat sedar betapa kerajaan yang ditunjangi oleh konspirator sekarang ini jangan turut menjadi mangsa kepada kedurjanaan jenis membodohkan rakyat ini. Pengistiharan Mahathir bahawa Malaysia adalah negara Islam misalnya kaedah membodohkan rakyat. Memang melalui kaedah ini, undi mungkin boleh diperolehi, tetapi lama kelamaan rakyat yang dihasilkan dari kaedah bodoh seperti yang dilakukan ini akan menghasilkan rakyat jenisnya seperti mak andeh dan pak pandir.

Pengistiharan Mahathir itu tidak sedikit pun bersifat rasmi dan tidak mempunyai implikasi undang-undang, bahkan taraf, darjat dan kedudukan pengistiharan tersebut lebih rendah dari peraturan "jangan membuang sampah" atau "tidak boleh makan dalam train komuter". Disamping Mahathir tidak mempunyai kelayakan untuk mengistiharkannya, tempat pengistiharan juga amat tidak kena dengan apa yang nak diistiharkan. Banyak pengalaman menunjukkan, tempat pengistiharan biasanya sesuai dengan jenis apa yang nak diistiharkan. Misalnya, kempen membasmi kemiskinan - diistiharkan di kawasan yang mempunyai ramai orang miskin dan acaranya berlatarbelakangkan kemiskinan, kempen mencintai sungai - diistiharkan di tebing sungai dan berlatarbelakangkan air. Sebaliknya adalah amat tidak kena jika kempen membasmi kemiskinan diistiharkan di tengah bandar KL atau kempen mencintai sungai diistiharkan di Genting Highland.

Yang paling pelik dalam sejarah ketemadunan manusia ialah "audience" dan latar belakang pengistiharan yang dilakukan oleh Mahathir amat ganjil. Barisan hadapan "audience" yang mendengar pengistiharan Mahathir itu tidak faham apakah yang diistiharkan oleh Mahathir itu, bukan saja tidak faham, bahkan "interest" mereka juga berlainan. Isi kandungan pengistiharan juga ganjil. Ucapan tidak dimulai dengan memuji keesaan Tuhan dan ucapan tidak diisi dengan menyanjung kebesaran Rasullullah, tiba-tiba saja Mahathir mengistiharkan Malaysia sebagai Negara Islam - dan media pun menjadikan ianya sebagai agenda utama dan seolah-olah pengistiharan berkenaan pun menjadi sesuatu yang rasmi.

Oleh yang demikian, kita jangan jadi bodoh kerana bodoh akan memberi keuntungan kepada konspirator dan seterusnya mempertahankan kedurjanaan. Biarlah mereka saja yang bodoh kerana konspirator cukup tahu tahap pemikiran penyokong mereka sebab melayu mudah lupa.......Siapakah ketua agama Islam di Malaysia??? yang layak merasmikan Malaysia Negara Islam dan sah disisi undang-undang.

xyychromosomes@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com