Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


PENGGANAS : TAKRIFAN UMNO(baru) & USA

Sebaik sahaja USA melakukan tindakan dengan melambatkan proses meluluskan permohonan visa ke atas warga beragama Islam di 26 negara termasuk Malaysia, media dan Abdullah Badawi mengatakan ianya tindakan diskriminasi dan seolah-olah seluruh warga Islam di Malaysia ini pengganas. Bolehlah dikatakan definasi dan takrifan yang Amerika buat itu adalah serupa dengan yang UMNO(baru) ke atas KMM dan PAS. Bahkan takrifan UMNO(baru) itu menjadi penyokong dan penguat kepada takrifan yang dibuat oleh Amerika. Takrifan yang Abdullah Badawi faham itu adalah sepatutnya tidak mengejutkan orang Islam, kerana Amerika ialah sudah tentu kuffar yang dari dulu lagi kerjanya ialah menyokong yahudi dan melanyak palestin, tetapi yang mengejutkan ialah kenyataan Mahathir dalam akhbar (11.11.2001) bahawa masalah pengganas di Malaysia serius dan perlu dihapuskan habis-habisan.

Kenyataan Mahathir buat itu mendorong sepenuhnya tindakan Amerika untuk berbuat demikian. Oleh itu, janganlah Abdullah Badawi dan orang lain terkilan dengan tindakan Amerika itu, kerana Mahathir sendiri sebenarnya menyokong dan seolah-olah bersetuju dengan tindakan Amerika itu. Disamping itu, sesuai dengan timbalan perdana menteri, Abdullah Badawi sepatutnya menjaga "statement" Mahathir. Sebab, Mahathir dikenali sebagai wira negara Islam dan anti-pengganas. Abdullah Badawi kena faham itulah risikonya hidup dalam "Negara Islam" dan pemimpin dalam negara tersebut. Disamping itu juga, tak usahlah Abdullah Badawi gusar kerana takrifan yang Amerika buat itu amat serupa dengan UMNO(baru) buat mengenai pengganas, bahkan pertemuan Mahathir - Bush di China untuk membuat takrifan mengenai PENGGANAS itu lenyap begitu sahaja, bahkan kedua-dua pihak Mahathir - Bush telah membuat takrifan masing-masing untuk menjaga kepentingan politik mereka sendiri sahaja.

Lainlah kalau Abdullah Badawi ada takrifan sendiri mengenai pengganas?

Misalnya; mereka yang boleh dikelaskan sebagai pengganas yang ganas ialah;

1) Pihak yang menjaga tabung haji, tabung haji hilang hampir 7 juta.

2) Pihak yang menjaga PPRT - hilang duit hampir 40 juta

3) Pihak yang menulis mengenai buku Tun Daim Penyangak Wang Negara dan pihak disebut dalam buku tersebut.

4) Pihak yang membuat kenyataan bohong di tvtv demi memburukkan (fitnah) orang lain.

5) Pihak yang menyokong puak-puak (1) hingga (4) di atas.

6) Pihak yang mengambil wang negara (rakyat) sesuka hati dengan kuasa yang ada dengan kaedah yang haram.

7) Pihak yang mengambil, menggunakan wang royalti minyak PETRONAS yang tak sah di sisi undang-undang.

8) Pihak yang menggunakan kuasa secara menyeleweng di sisi agama

9) Pihak yang menuduh orang lain pengganas padahal dia termasuk dalam golongan (1) hingga (8) di atas.

10) Pihak yang berlakun debat UMNO-PAS padahal mereka adalah golongan berilmu Islam.

11) Pihak yang menuduh orang tanpa bukti dan tahan di ISA.

12) Pihak yang membiarkan Astora Jabat berada di Pakistan semata-mata kerjanya menghentam Taleban/Pakistan sambil mengaitkannya dengan KMM dan PAS.

dan banyak lagi.mungkin fahaman Abdullah Badawi dan Mahathir berlainan dalam usaha memahami takrifan pengganas akibat tindakan Amerika itu?






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 November 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com