Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!

UMNO PEROMPAK WANG RAKYAT !


KHIR TOYO SINDIR KHIR TOYO, ALI RUSTAM DAN MELAYU UMNO.

“Melayu sendiri jatuhkan orang Melayu “ kata Khir Toyo MB Selangor ketika berucap diPerhimpunan Seribu Pemimpin Melayu Prihatin pada 20 Oktober 2001 diShah Alam. Penulis sangat setuju apa yang dikatakan MB Selangor yang celupar lagi bapak rasuah itu. Khir Toyo telah nampak Melayu lingkup pasal Melayu dengki.Jika Melayu tidak hasad dengki Malayu tidak akan jatuh.Banyak contoh lama dan baru boleh disenaraikan sebagai bukti Melayu Umno memang selalu dengki. Dulu,kini dan selamanya dengki.

Jika bukan Melayu Umno yang bongkar tembelang skandal Abu Hasan Omar,jangan harap Khir Toyo boleh jadi MB Selangor.Khabarnya skandal Abu Hasan dimulakan oleh musuh Abu Hasan (orang Melayu Umno)di Kuala Selangor.Orang Melayu dan Malaysia selain Umno tidak mengetahui skandal Abu Hasan jika bukan Malayu Umno yang menyebarkan berita tersebut.

Kes Mat Taib bawa duit lebih 19 kg ke negeri Kangroo juga adalah kerana angkara orang Melayu Umno yang dengki. Hanya orang Melayu Umno sahaja yang mengetahui perjalanan Mat Taib dan bawa wang 19 kg. Orang Malaysia selain Umno tidak mengetahuinya.Pasti yang dengki itu Melayu Umno.

Kelantan dan Terengganu diperintah oleh orang Melayu Islam 100%.Siapa yang dengki terhadap kedua kerajaan Melayu Islam itu? Pastinya Melayu Umno yang sangat iri terhadap kerajaan Melayu Islam Kelantan dan Terengganu..Sebaliknya mereka, Melayu Umno tidak pula ada rasa dengki dengan Kerajaan Gerakan di Pulau Pinang dan BN di Sabah yang diketua oleh orang Cina. Mengapa mereka tidak berusaha menjatuhkan pimpinan Cina P.Pinang dan Sabah?.

Kerajaan Melayu Islam Terengganu seharusnya dapat wang royalti Petronas,tetapi dinafikan hak mereka. Melayu Islam Terengganu dirugikan.Siapa yang dengki? Pastinya Melayu Umno lagi.

Ali Rustam,Ketua Menteri Melaka mengarahkan membatalkan semua kontrak/penal antara Kerajaan Negeri atau Badan Berkanun dengan peguam dan doktor yang menyokong PAS dan Keadilan (pastinya orang Melayu Islam). Ali Rustam (Melayu Umno) begitu dengki dengan Melayu Islam.Sebelum PAS dan Keadilan kuat,dalam semua pilihan raya Bandar Melaka sentiasa dimenangi oleh DAP. Penulis yakin ramai doktor dan peguam Cina dan India yang sokong DAP yang membolehkan DAP menang.Tetapi tidak pernah kita kedengaran Ketua Menteri Melaka membatalkan kontrak/penal doktor dan peguam dengan Kerajaan Melaka.Jelas sudah kepada kita, Melayu Umno yang dengki pada Melayu.Ali Rustam juga mengarahkan melarang semua kakitangan Kerajaan Negeri Melaka membuat rombongan ke Kelantan/Terengganu.Ali Rustam,Melayu Umno juga yang dengki.

Di Selangor tidak ketinggalan soal dengki terhadap orang Melayu.Khir Toyo mengarahkan Inspen jangan melantik doktor Melayu sebagai klinik penal. Pekerja Inspen terpaksa pergi keklinik bukan Melayu untuk dapatkan rawatan walau pun pekerja itu ingin ke klinik Melayu.Juga Khir Toyo arahkan semua jurutera JKR dan JPS jangan beri kerja2 kepada kontraktor Melayu yang menyokong PAS atau Keadilan.Malah ada beberapa orang jurutera dipindahkan kerana beberapa kerja kontrak diberikan kepada kontraktor yang mirip PAS atau Keadilan.Pada hal pemberian kerja itu oleh jurutera JPS/JKR berdasarkan merit kemampuan kontraktor.Jurutera sangat arif akan perangai kontraktor Melayu Umno. Semua kerja akan diberikan kepada subkontraktor Cina.Contohnya pembinaan jalan di Sekincan dan Sg.Panjang yang diberikan kepada Cina.Siapa yang dengki kalau bukan Melayu Umno.

Dan dengki Melayu Umno paling top abad ini adalah konspirasi menjatuhkan Anwar Ibrahim.Siapa punya kerja kalau bukan Melayu Umno.Aziz Shamsudin (pendek) Melayu.Umi Hafilda (sundal) Melayu.Daim(karun ) Melayu. Azizan (punggung) Melayu.(Tengku tipu) Adnan Melayu.Mokhtar Dugong Melayu. Gani Patail (gila) Melayu.Yusof Chin (rasuah) Melayu.Mahatir separuh Melayu.MKT (tunggul)Umno Melayu.Musa (musang) Hasan Melayu.Ariffin (jakun) Jaka Melayu.Rahim Nor(Bulldog) Melayu.

Sah lah sudah,DULU,KINI SELAMANYA MELAYU UMNO MEMANG BAPAK SEGALA DENGKI MELAYU ISLAM.

Al Qaeda






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 24 Oktober 2001

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com